CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1584|Reply: 0

[Sarawak] MPC lancar inisiatif transformasi tingkat kemudahan menjalankan perniagaan dalam sektor logistik

[Copy link]
Post time 28-1-2025 04:26 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Nexus Produktivi Logistik telah melancarkan inisiatif transformasi untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan dalam sektor logistik.

MPC Sarawak dalam kenyataan media hari ini berkata, tumpuan utama inisiatif ini adalah menambah baik kecekapan pengangkutan barangan antara Sarawak dan Sabah melalui Brunei dengan tujuan memperkemas prosedur, mengurangkan kos operasi serta memperkukuh pematuhan bagi pemain industri.

Melalui kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan utama termasuk Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dari Sabah dan Sarawak, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pengangkutan Sarawak serta pemain industri logistik katanya, inisiatif ini telah mencatatkan kemajuan yang ketara.

“Inisiatif ini berjaya mengenal pasti peluang untuk menghapuskan prosedur yang tidak diperlukan, mempercepatkan masa transit dan mengurangkan kos operasi, yang dianggarkan menjimatkan sehingga RM160 juta setahun untuk Sabah dan Sarawak.

“Selain mempercepatkan proses penghantaran, inisiatif ini juga berjaya mengurangkan kelewatan dalam rantaian bekalan, mewujudkan sistem pengangkutan kargo yang lebih konsisten serta memberi manfaat kepada pemain industri,” kata kenyataan itu.

Malah ujar MPC Sarawak, platform kerjasama ini turut membuka ruang bagi pihak berkepentingan untuk bertukar pandangan dan merangka penyelesaian inovatif, menyumbang kepada pembangunan mampan sektor logistik di kedua-dua negeri.

Sementara itu, Pengarah MPC Sarawak Dr Mazlina Shafi’i berkata, inisiatif ini menitikberatkan kepentingan pengoptimuman logistik rentas sempadan dengan menangani cabaran utama seperti prosedur permit, laluan transit dan kapasiti infrastruktur.

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan ekosistem logistik yang lancar sejajar dengan dasar pengangkutan negara dan perjanjian serantau seperti Perjanjian Rangka Kerja Pemudah Cara Transit Barangan (AFAFGIT) serta Memorandum Persefahaman BIMP-EAGA,” jelasnya.

Melalui pendekatan strategik, LPKP Sabah dan Sarawak telah mengkaji semula serta meningkatkan proses pengangkutan rentas sempadan.

Kajian menyeluruh telah dijalankan bagi mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh pengendali logistik, dengan fokus kepada penyelarasan permit, pengoptimuman laluan transit dan penambahbaikan infrastruktur.

Selain itu, keutamaan turut diberikan kepada penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan aliran logistik dan pematuhan peraturan.

Hasil daripada inisiatif ini dijangka akan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam daya saing logistik global dengan membentuk sistem pengedaran yang kukuh, cekap dan menjimatkan kos.

Langkah ini juga memastikan Sabah dan Sarawak dapat mencapai kesetaraan logistik dengan Semenanjung Malaysia, selari dengan agenda kerajaan untuk memperkukuh daya saing ekonomi negara.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.034569 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list