CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1738|Reply: 0

[Sarawak] Banjir di Tatau mulai surut, namun masih di paras amaran

[Copy link]
Post time 28-1-2025 03:18 PM | Show all posts |Read mode


Calvin (tengah) sebelum melakukan tinjauan udara ke kawasan terjejas banjir di kawasan Sungai Muput dan Ulu Anap, hari ini.

TATAU: Banjir di daerah Tatau mulai surut, namun masih berada di paras berjaga-jaga ekoran hujan yang masih turun yang mengundang risiko kenaikan air banjir pada bila-bila masa.

Justeru, atas keprihatinan terhadap penduduk terjejas, Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau Calvin Ligong hari ini bertindak meninjau keadaan banjir melalui udara bersama unit Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut bersama-sama beliau dalam melakukan tinjauan itu ialah wakil IPD Tatau iaitu Inspektor Jeffery Jembol dan Pegawai Bencana Pejabat Daerah Tatau Raden Azamry.

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan keadaan banjir di Sungai Muput dan Ulu Anap semakin surut namun masih di peringkat amaran.

Utusan Borneo difahamkan bahawa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven masih beroperasi yang mana setakat ini menempatkan 34 orang daripada 13 keluarga yang terlibat bencana banjir dari SK Kuala Muput.

Pada masa sama, paras air di pekan Tatau masih di paras amaran dengan beberapa kawasan rendah di Kampung Dagang Tatau dan Kampung Baharu Tatau dan kawasan hilir Batang Anap masih ditenggelami air.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033878 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list