CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3255|Reply: 0

[Sarawak] RM9.9 juta untuk rawatan pesakit buah pinggang, 1 Jan 2020-30 April 2024

[Copy link]
Post time 28-1-2025 02:06 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah menyantuni seorang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan haemodialisis di CHKMUS-MAAEDICARE, Kuching hari ini.

KUCHING: Sebanyak 590 permohonan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) diluluskan dengan perbelanjaan berjumlah RM9,928,744.75 (RM9.9 juta) antara 1 Januari 2020 hingga 30 April 2024.  

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bagi tahun 2025, sebanyak 205 permohonan lanjutan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM4.7 juta.

"Di bawah BKPBP, sejak 2021 hingga 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah membeli sebanyak 30 mesin haemodialisis dengan keseluruhan perbelanjaan pembelian sebanyak RM1,236,600.00.

"Dalam ucapan Belanjawan Negeri 2025 oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 11 November, telah diumumkan bagi pemerkasaan perlindungan sosial sebanyak RM4.7 juta diperuntukkan bagi Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke CHKMUS-MAAEDICARE, Charity Dialysis Centre di Kuching hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak sangat mengambil berat setiap pesakit buah pinggang di negeri ini dan akan membantu mereka untuk mendapatkan rawatan mengikut jadual masing-masing.

"Setakat ini kita tidak meletakkan had umur sebagai syarat kelayakan untuk mendapat bantuan daripada JKMS namun pemohon harus warga Sarawak dengan status 'K' dan bukan penjawat awam namun pesara awam serta pencarum PERKESO.

"Penerima bantuan kita juga seharusnya tergolong dalam kumpulan B40 atau M40 dengan per kapita tidak melebihi RM1,020 sebulan atau mengikut paras garis kemiskinan (PGK) semasa," katanya.

Ujar Fatimah lagi, pemohon juga tidak mendapat subsidi rawatan dan bantuan pengangkutan daripada mana-mana agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau penerima bantuan tetapi masih memerlukan bantuan sokongan seperti bantuan pengangkutan.

"Fokus kita ialah membantu semampu boleh bagi menggelakkan pesakit terjebak dalam sindrom kemurungan dan tertekan akibat ketiadaan bantuan daripada mana-mana organisasi kerajaan mahupun NGO.

"Saya telah bercakap dengan pihak JKMS agar turut menyediakan pakar kaunseling bagi menangani sindrom kemurungan dan berharap pesakit sentiasa mengikut nasihat pakar atau doctor, antaranya jumlah air yang patut diminum dalam sehari," katanya.

Katanya, bukan semua pesakit buah pinggang boleh menjalani rawatan dialisis di hospital kerajaan kerana kekangan tempat dan mesin haemodialisis yang terhad.
Justeru beliau sangat menghargai bantuan pusat dialisis swasta namun bantuan dana kepada pesakit akan diberi.

"Kita sangat menyedari kos rawatan sangat mahal kerana setiap pesakit perlu menjalani tiga kali rawatan dalam seminggu dan 12 kali dalam sebulan... maka kita memerlukan bantuan swasta atau NGO sebagai alternatif mendapatkan rawatan," katanya sambil menambah, setiap pesakit diberi subsidi oleh kerajaan dan ada yang sudah menerima rawatan lebih 30 tahun.

"Bantuan bukan sahaja dari segi bayaran haemodialisis malah elaun perjalanan turut diberi dengan bukti harus dihantar kepada pihak JKM untuk bayaran balik kos perjalanan pesakit," ujarnya, membuktikan Kerajaan Sarawak menerusi kementerian beliau yang disokong Premier Abang Johari sangat mengambil berat kebajikan pesakit di negeri ini.

BKPBP merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban pesakit buah pinggang di negeri ini yang memerlukan rawatan untuk penyakit buah pinggang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034465 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list