CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3494|Reply: 0

[Sarawak] KUSKOP rangka pelaksanaan inisiatif baharu sokong pembangunan ekonomi di Sarawak

[Copy link]
Post time 28-1-2025 01:32 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi bersama Ewon dan yang lain merakam kenangan selepas menerima kunjungan hormat di Kuching hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merangka pelaksanaan inisiatif baharu untuk menyokong pembangunan ekonomi di Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata usaha ini penting untuk memenuhi keperluan masyarakat tempatan yang semakin berkembang pesat terutama dalam sektor pembiayaan.

“Kami berbincang tentang langkah memperluas perkhidmatan Bank Rakyat di Sarawak, termasuk menambah cawangan di kawasan pembangunan baharu,” ujarnya yang dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Tambah Ewon, kunjungan tersebut turut memanfaatkan pengalaman Tun Wan Junaidi yang pernah memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, untuk mendapatkan pandangan dan cadangan berkaitan dasar dan pelan strategik kementerian.

Selain itu katanya, perhatian turut diberikan kepada peluang pembiayaan yang menyokong pertumbuhan sektor ekonomi baharu seperti tenaga hijau, selaras dengan aspirasi Sarawak sebagai peneraju dalam bidang tersebut.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang di-Pertua Negeri atas pandangan bernas beliau.

"Perbincangan ini amat bermakna dalam usaha kami memperkukuh ekonomi Sarawak melalui usahawan dan koperasi,” kata  Ewon.

Hadir sama Ketua Setiausaha KUSKOP Dato Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack dan Mohd Jafri Kudus serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046421 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list