CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3542|Reply: 0

[Sarawak] 90% daripada pengambilan tanah untuk projek naik taraf jalan siap

[Copy link]
Post time 28-1-2025 01:30 PM | Show all posts |Read mode


Henry bercakap kepada media selepas merasmikan pintu masuk baharu ke pekan Bau malam tadi. - Gambar Roystein Emmor

BAU: Dianggarkan 90 peratus daripada pengambilan tanah untuk projek naik taraf jalan dua laluan dari persimpangan Bau-Lundu ke pekan Bau telah siap.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Henry Harry Jinep menyuarakan keyakinan mengenai kemajuan projek itu, yang menurutnya mencatatkan kemajuan ketara dalam bidang utama terutama penempatan semula perkhidmatan dan pampasan pemilik tanah yang terjejas.

"Kami hampir memuktamadkan penempatan semula perkhidmatan penting dan kerajaan telah memberi pampasan kepada semua pemilik tanah yang terjejas dengan projek pembinaan jalan tersebut.

"Kemajuan itu sememangnya amat memberangsangkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pintu masuk baharu ke pekan Bau di sini malam tadi.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, walaupun cuaca antara punca kelewatan di sesetengah tempat namun penempatan semula utiliti untuk bekalan air terawat dan bekalan elektrik kekal sebagai aspek yang agak kritikal projek.

"Cabaran utama ialah memastikan pemindahan perkhidmatan tidak mengganggu rutin harian masyarakat di sini.

"Kami sedang menguruskan keperluan asas dahulu seperti bekalan air terawat dan elektrik sebelum perpindahan penduduk ke kawasan baharu.

"Apabila kemudahan asas tersedia, bermakna tiada lagi gangguan atau rungutan penduduk di sekitar Bau ini," tambahnya.

Bercakap lanjut, Henry turut menekankan bahawa projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun lepas di Bau berjalan mengikut fasa ditetapkan walau ada ketika berhadapan sedikit masalah setempat.

"Kita mesti menjalankan kajian menyeluruh antaranya berkaitan isu tanah, mengenal pasti tanah selain memastikan tiada isu pertelingkahan sebelum meneruskan pelaksanaan sesuatu projek," katanya.

Beliau menambah, walaupun terdapat satu atau dua projek mungkin menghadapi sedikit kelewatan namun ia tidak akan menimbulkan isu penting.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033062 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list