CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3340|Reply: 0

[Sarawak] PSS adakan sesi fotografi di Tua Pek Kong sempena Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:55 PM | Show all posts |Read mode


Lee (tujuh kanan) bersama ahli-ahlinya serta model yang menyertai sesi fotografi luar yang diadakan di Tua Pek Kong di Sibu pada Ahad.

SIBU: Dalam meraikan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang semakin hampir, Persatuan Fotografi Sibu (PSS) mengambil inisiatif untuk memeriahkan lagi sambutan dengan mengadakan sesi fotografi luar di Tua Pek Kong di sini semalam.

Acara itu bertujuan meraikan detik-detik kegembiraan dan semangat TBC di kalangan masyarakat Sibu.

Tempat yang dipilih, iaitu tokong tersebut yang sarat dengan simbolik dan keindahan budaya Cina, memberi suasana yang unik dan penuh makna.

Setiap sudut kuil dipenuhi dengan kelip tanglung yang terang benderang, menambah keceriaan dan menghidupkan lagi semangat perayaan.

"Melalui sesi ini, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada semua yang hadir dan memberikan mereka peluang untuk merakam kenangan indah sempena perayaan yang amat bermakna ini.

"Kami juga ingin mempamerkan keindahan budaya serta semangat perpaduan yang semakin dirasai di kalangan masyarakat Sibu," kata Presiden PSS Peter Lee.


Hasil fotografi yang dihasilkan oleh PSS semasa sesi fotografi luar yang diadakan di Tua Pek Kong di Sibu semalam.

Sebagai sebuah persatuan yang mempromosikan seni fotografi, beliau berharap acara itu dapat mempererat hubungan komuniti, di samping memberi peluang kepada para peminat fotografi mempamerkan bakat mereka.

Acara itu juga memberi ruang kepada masyarakat untuk merakam potret keluarga, sahabat serta persekitaran yang meriah, sekali gus mengabadikan kenangan manis sempena sambutan TBC yang penuh makna.

"Dengan acara ini, kami berharap setiap individu dapat merasakan semangat positif dan kebahagiaan yang terpancar sepanjang perayaan ini.

"Sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu kali ini tidak hanya penuh dengan warna-warni budaya tetapi juga diwarnai dengan cahaya kegembiraan yang menyatukan semua," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.102386 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list