CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3180|Reply: 0

[Sarawak] Usaha dan komitmen petugas tangani kesesakan di ICQS Sungai Tujuh dipuji

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:52 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Usaha dan komitmen para petugas yang bertindak pantas dan profesional dalam menangani isu kesesakan di Pos Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, baru-baru ini, mendapat pujian wakil rakyat di kawasan Miri.

Menurut Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man (gambar), beliau yang menerima aduan berhubung situasi barisan panjang yang berlaku di ICQS Sungai Tujuh tersebut, telah dimaklumkan bahawa kesesakan berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan terhadap sistem dalam talian Vehicle Monitoring System (VMS).

"Akibat daripada ini, pelawat dari Brunei yang membawa kenderaan dengan nombor pendaftaran Brunei tidak dapat mendaftar kenderaan mereka melalui laman web sebelum memasuki Malaysia.

“Sebaliknya, mereka terpaksa mengisi borang manual di kaunter kastam ICQS," katanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada inisiatif pihak berkuasa di ICQS Sungai Tujuh yang telah mengambil langkah untuk mengurangkan kesesakan.

"Mereka telah mengarahkan pemandu kenderaan dari Brunei untuk memarkir kenderaan mereka di tepi dan mengumpulkan borang manual di kaunter kastam. Ini bertujuan mengelakkan halangan kepada aliran kenderaan dari Malaysia.

"Bagaimanapun, disebabkan jumlah pelawat yang tinggi pada hari tersebut, proses ini telah menyebabkan barisan yang panjang kerana borang perlu diambil dari kaunter rasmi untuk memastikan ia adalah borang terkini dan sah," jelasnya kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

Menurut Chiew, bagi menyelesaikan masalah itu  dengan segera, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Menteri Kewangan untuk membantu mempercepatkan proses penyelenggaraan sistem dalam talian tersebut.

Langkah itu katanya, amat penting untuk mengelakkan situasi yang tidak selesa seperti ini berlaku, terutama pada musim perayaan atau ketika kemasukan pelawat adalah tinggi.

"Saya ingin menggesa semua pihak yang terlibat untuk mempercepatkan penyelesaian isu ini bagi memastikan perjalanan rentas sempadan berjalan lancar tanpa gangguan.

"Saya juga menghargai kesabaran semua pelawat dan pengguna jalan raya yang terjejas. Kami akan terus memantau situasi ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan semua pihak," tambahnya.

Terdahulu, Chiew telah mengadakan lawatan ke sekitar pasar-pasar di bandar raya ini, bagi menyantuni golongan peniaga dan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka.

Wakil rakyat itu turut mengedar dan memberi buah-buah limau kepada pengunjung dan para peniaga di pasar-pasar tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036101 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list