CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3064|Reply: 0

[Sarawak] Yayasan Sime Darby terus laksana pelbagai projek berimpak di Sarawak

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:49 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menerima cenderamata daripada Tunku Imran semasa menerima kunjungan hormat hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Yayasan Sime Darby akan terus melaksanakan pelbagai projek berimpak di Sarawak melalui pelbagai industri yang mampu membantu komuniti-komuniti di wilayah ini.

Pengerusinya, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, Yayasan Sime Darby sehingga kini telah menyalurkan sebanyak RM60 juta ke Sarawak, dengan tiga penyumbang terbesar melalui Sime Darby (SD) Guthrie, Sime Darby Berhad dan Sime Darby Property.

“Tiga syarikat penyumbang kami adalah SD Guthrie, yang dahulunya dikenali sebagai Sime Darby Plantations, Sime Darby Berhad, sebuah konglomerat korporat dan Sime Darby Property.

“Mereka adalah pembiaya kami, dan melalui Yayasan ini, kami telah menyalurkan sebanyak RM60 juta ke Sarawak, khususnya dalam bidang pendidikan, alam sekitar, kesihatan komuniti, sukan, serta seni dan budaya.

"Bidang-bidang ini merupakan apa yang kami panggil sebagai ‘tiang utama’,” katanya yang dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Menara Pelita di sini, hari ini.

Tunku Imran menambah, Sarawak mempunyai potensi besar untuk meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bekerja keras di peringkat komuniti.

Ujarnya, Yayasan Sime Darby ingin terus menjadi rakan kerjasama pihak NGO dengan membantu membiayai mereka dan terus menyumbang kepada masyarakat di Sarawak.

“Setelah itu, mereka dapat berdiri sendiri dan meneruskan projek-projek seterusnya. Sarawak sememangnya sebuah negeri yang mempunyai potensi besar.
"Kami yakin masyarakat di sini akan memberi respons yang sangat baik,” jelasnya.

Turut hadir, Ahli Majlis Tadbir Urus Yayasan Sime Darby Datu Dr Rashidah Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby Dr Yatela Zainal Abidin serta Ketua Strategi Dan Hal Ehwal Korporat Yayasan Sime Darby Muzdalifah Mohd Nasir.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.386365 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list