CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2562|Reply: 0

[Sabah] Jabatan Penyiaran Sabah diminta mainkan peranan sebar program kerajaan

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:29 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Hajiji (tiga kanan) bergambar dengan Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali dan rombongan.

KOTA KINABALU: Jabatan Penyiaran Sabah diminta memberi fokus menguar-uarkan program yang dilaksanakan kerajaan khususnya tiga tonggak utama Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan hingga ke peringkat akar umbi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata beberapa pelaburan utama yang sudah beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) antaranya Kumpulan Kibing dan SK Nexilis, juga perlu diberi tumpuan untuk disebarluaskan kepada rakyat.

Katanya, ia termasuk syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn. Bhd. berpengkalan di Singapura yang membawa pelaburan bernilai RM20 bilion dalam projek Green Steel di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Projek ini dilaksanakan dalam tiga fasa dan akan mencipta ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga akan mewujudkan taman Perindustrian baharu di Kudat, sebagai tambahan kepada taman perindustrian sedia ada,” katanya
Mengulas lanjut, Hajiji berkata, tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai pelabur sekali gus membangunkan kawasan di utara Sabah.

Menurutnya, usaha mengadakan taman perindustrian baharu di Kudat bukan sahaja untuk meningkatkan ekonomi negeri tetapi juga berupaya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Pembangunan taman perindustrian di Kudat ini adalah satu kerjasama pintar antara kerajaan dan pemilik tanah yang terbabit.

“Konsepnya, kita akan menyewa tanah yang terlibat dalam taman itu sekali gus memberi pendapatan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengarah Penyiaran Sabah yang baharu, Mohd Yusni Mohamed Ali, di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu turut disertai Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah, Cyril Simon *dan pegawai-pegawai kanan RTM Sabah.

Hajiji berkata, selain aspek pelaburan dan tiga tonggak utama dalam SMJ, banyak lagi telah dilaksanakan kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat termasuk bantuan dan pemberian biasiswa.

“Ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan di negeri ini.

“Justeru, saya mahu Jabatan Penyiaran Sabah membantu menyampaikan segala inisiatif dan agenda kerajaan kepada rakyat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Terdahulu, dalam kunjungan hormat itu, Mohd Yusni turut berkongsi beberapa perancangan program-program RTM untuk dilaksanakan di negeri ini.

Kunjungan itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara RTM selaku agensi penyiar rasmi kerajaan dengan kerajaan Sabah, khususnya dalam menyebar luas agenda pembangunan negeri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.080783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list