CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3981|Reply: 0

[Pulau Pinang] 22 penduduk setinggan Permatang Damar Laut terima rumah pampasan

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:53 AM | Show all posts |Read mode
22 penduduk setinggan Permatang Damar Laut terima rumah pampasan





SUNDARAJOO (tengah) pada sidang media mengenai Penambahbaikan Garis Panduan Rumah Mampu Milik Negeri Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong




Balik Pulau: Sebanyak 22 daripada 39 penduduk setinggan di Permatang Damar Laut, Batu Maung menerima serahan kunci unit kediaman Rumah MutiaraKu (RMKu) Jenis A di bawah Skim Perumahan Pangsapuri Idaman Prestij (K-Park) di Kampung Bagan Air Hitam di sini, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Datuk Seri S Sundarajoo berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) menyediakan rumah pampasan itu bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Beliau berkata setiap unit rumah berharga RM42,000 dan kos itu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik tanah iaitu Allstar Icon Sdn Bhd.

"LPNPP menyediakan rumah pampasan di bawah skim yang terdiri daripada empat blok 15 tingkat di lokasi berkenaan, dan hari ini penduduk berkenaan menerima kunci rumah masing-masing.

"Kos rumah ditanggung oleh pihak pemilik tanah, tetapi penerima unit rumah pampasan tetap perlu membayar yuran penyelenggaraan RM110 sebulan dan deposit RM2,534 sebagai sebahagian daripada yuran itu," katanya kepada pemberita selepas penyerahan kunci replika di Dewan Orang Ramai K-Park di sini, kelmarin.

Sundarajoo berkata unit kediaman RMKu di Skim K-Park dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta bertingkat, taman permainan dan dewan orang ramai.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri menyasarkan penyediaan 220,000 Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang tahun 2030, dan setakat ini 74.33 peratus atau 163,310 unit kediaman telah dibina.

"Selain itu, sasaran kedua kita ialah menyediakan 22,000 unit kediaman RMM melalui skim sewa beli (RTO) dan sehingga kini 4,534 unit atau bersamaan 20.85 peratus telah siap," katanya.



Disiarkan pada: Januari 27, 2025 @ 6:30am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1180890/22-penduduk-setinggan-permatang-damar-laut-terima-rumah-pampasan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.078894 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list