CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12383|Reply: 0

[Pulau Pinang] 21,272 murid terima bantuan persekolahan, dana zakat RM3.19 juta

[Copy link]
Post time 26-1-2025 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-1-2025 11:46 AM

21,272 murid terima bantuan persekolahan, dana zakat RM3.19 juta

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
26 Januari 2025 10:43am




Skim tersebut meliputi penebusan keperluan persekolahan seperti pakaian sekolah, pakaian unit beruniform, pakaian sukan atau beg sekolah, kasut, alat tulis dan sebagainya.




BAYAN BARU - Seramai 21,272 orang murid di Pulau Pinang akan menerima pakaian sekolah daripada sumbangan dana zakat melalui Skim Agihan Zakat-Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali Ke Sekolah 2025' melibatkan jumlah keseluruhan RM3.19 juta.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, sumbangan itu merupakan iltizam kerajaan negeri melalui Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membantu golongan asnaf di negeri ini sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Menurutnya, skim bermula sejak tahun 2008 itu mengagihkan kelengkapan persekolahan murid beragama Islam yang layak dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di seluruh Pulau Pinang.

"Seiring dengan inovasi bagi memastikan efisien bantuan sampai kepada golongan sasar, penyaluran agihan skim ini melalui penebusan tanpa tunai melibatkan 24 outlet dilantik oleh MAINPP, hanya menggunakan kad pengenalan penerima," katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Skim Agihan Zakat-Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali Ke Sekolah 2025' di sini pada Sabtu.

]
Seramai 21,272 orang murid di Pulau Pinang menerima pakaian sekolah daripada sumbangan dana zakat melalui Skim Agihan Zakat-Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali Ke Sekolah 2025' melibatkan jumlah keseluruhan RM3.19 juta.





Mohamad yang juga Pengerusi Zakat MAINPP berkata, jumlah bantuan setiap anak asnaf yang layak akan menerima RM150.

"Skim ini meliputi penebusan keperluan persekolahan seperti pakaian sekolah, pakaian unit beruniform, pakaian sukan atau beg sekolah, kasut, alat tulis dan sebagainya untuk anak-anak asnaf menjelang permulaan sesi baharu persekolahan.


"Kerajaan Pulau Pinang sentiasa prihatin dan mengambil berat nasib dialami oleh golongan asnaf fakir dan miskin, semua golongan tidak berkemampuan serta berkeperluan dalam memenuhi hasrat pembangunan menyeluruh negeri ini," jelasnya.


Tambah Mohamad, kerajaan negeri juga sentiasa menekankan kepentingan pendidikan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif kepada rakyat tidak berkemampuan.

]
Mohamad Abdul Hamid


"Sejak tahun 2009 lagi, kita telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan anak-anak kita, tanpa mengira latar belakang keluarga, mampu mempunyai akses kepada pendidikan secara saksama.

"Pelbagai bantuan pendidikan bersasar dengan kerjasama agensi MAINPP dan badan bukan kerajaan serta syarikat korporat terus giat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa murid-murid kurang berkemampuan di Pulau Pinang," katanya.

Menurut Mohamad, melalui agenda Penang 2030, antara hasrat kerajaan negeri adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

"Dalam hal ini, MAINPP telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bantuan kemasyarakatan secara holistik menerusi perkasa skim agihan zakat lebih efisien dan efektif dalam menyantuni golongan kurang berkemampuan.

"Penebusan barang keperluan sekolah tanpa tunai pada hari ini juga adalah langkah yang sejajar dengan visi Penang 2030 untuk menjadi sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara," jelasnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/709347/edisi/utara/21272-murid-terima-bantuan-persekolahan-dana-zakat-rm319-juta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039015 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list