CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12290|Reply: 0

[Kedah] Tak pernah dalam 32 tahun padam dua kebakaran pada malam sama

[Copy link]
Post time 26-1-2025 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Tak pernah dalam 32 tahun padam dua kebakaran pada malam sama

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 26, 2025 @ 11:01am [email protected]




Penyelia BBP Baling, PBK II Muhammad Yunus Ali (dua, kanan) melihat motosikal yang musnah dalam kebakaran rumah di kawasan Kupang di Kampung Tanah Periuk yang disyaki mempunyai unsur khianat. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





BALING: Kejadian kebakaran rumah yang berlaku secara bersiri di sekitar Kupang sejak 24 Disember hingga 12 Januari lalu menjadi cabaran dan pengalaman tidak dapat dilupakan buat pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling.

Ini kerana, kebakaran berselang seli itu tidak pernah dilalui mereka berbanding operasi pemadaman kebakaran biasa.

Bagi Penyelia BBP Baling, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhammad Yunus Ali, sepanjang 32 tahun bertugas dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian kebakaran itu sangat mencabar buatnya sebagai penyelia.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana dapat menjalankan tugas dengan baik walaupun berdepan cabaran menghadiri dua kes kebakaran di Kupang pada 26 Disember lalu.

"Sebagai anggota Bomba, kami terpaksa 'lupakan' sementara penat, yang penting kena pastikan kami perlu menghadiri setiap panggilan yang diterima untuk memastikan keselamatan nyawa serta harta benda dapat diselamatkan," katanya ditemui di BBP Baling, hari ini.

Menurutnya pada pagi kejadian (26 Disember), dia yang mengetuai pasukan kru B menerima panggilan pertama pada jam 2.09 pagi berhubung kebakaran di sebuah rumah di Kampung Tanah Periuk, Kupang.

Selesai memadam kebakaran itu, mereka sekali lagi menerima panggilan kebakaran hanya 500 meter dari lokasi kebakaran pertama di kawasan itu, kira-kira jam 4 pagi.

"Ketika itu kami baru hendak beredar dari memadam kebakaran rumah pertama dan menuju ke jalan besar untuk pulang ke balai namun saya selaku penyelia ketika itu, menerima panggilan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah yang memaklumkan ada kebakaran motosikal di alamat yang diberikan.

"Apabila saya melihat alamat itu, kami masih berada di kawasan kampung berkenaan dan bergegas ke lokasi dan nampak dari jauh ketika melalui kawasan sawah, ia bukan kebakaran motosikal tetapi rumah hanya terletak kira-kira 500 meter dari rumah terbakar yang pertama, " katanya.

Muhammad Yunus berkata, dia memaklumkan kepada pihak PGO yang dia memerlukan bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran kerana ia membabitkan sebuah rumah.

Katanya, namun kedua-dua kebakaran itu dipercayai bermula daripada motosikal di hadapan rumah sebelum ianya merebak.

Sementara itu, Ketua BBP Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya mula menerima panggilan berhubung kebakaran rumah itu pada 23 Disember tahun lalu dan disusuli pada 24 Disember serta dua kebakaran pada 26 Disember.

Beliau berkata, kejadian kebakaran itu terus berlaku lagi pada 28 Disember, diikuti 1 Januari dan 12 Januari lalu.

"Hasil siasatan dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Kedah, kebakaran yang berlaku pada 24 Disember hingga 12 Januari lalu didapati mempunyai unsur khianat.

"Walaupun ada dakwaan mengaitkan kejadian itu mempunyai unsur mistik atau ilmu hitam tu bagi saya, kami hanya menjalankan tugas memadam kebakaran," katanya.

Mohd Jamil berkata, kerjasama penduduk di kawasan itu juga sangat baik malah mereka turut membantu berikutan ada cubaan untuk membakar rumah pada 27 Disember lalu, gagal.

Katanya, penduduk turut melakukan rondaan di sekitar kawasan kampung serta mengawal pergerakan keluar masuk orang tidak dikenali di kawasan itu bagi mengurangkan kes kebakaran rumah dari terus berlaku.

"Sepanjang tempoh kebakaran yang berlaku itu, pihak Bomba dapat kerjasama erat daripada penduduk di kawasan itu malah kami turut menasihatkan mereka supaya mengambil tindakan perlu dengan menyediakan alat pemadam api di kawasan surau serta rondaan penduduk," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1353831/tak-pernah-dalam-32-tahun-padam-dua-kebakaran-pada-malam-sama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.198037 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list