CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2035|Reply: 0

Rakyat Korea Utara sanggup bergaduh kerana najis

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:38 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail petani bekerja di Pyongan Selatan. - Foto AFP


PYONGYANG  – Rakyat Korea Utara sanggup bergaduh sehinggakan ada yang terpaksa dirawat di hospital semata-mata untuk mencuri najis manusia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Situasi itu berlaku selepas pemimpin mereka, Kim Jong-un meminta rakyat mengutip najis sendiri pada setiap Januari dengan harapan dapat digunakan sebagai baja untuk  meningkatkan hasil pertanian.

Arahan tersebut dikeluarkan kerana Korea Utara mengalami masalah kekurangan baja yang serius.

Menurut saluran Radio Free Asia, kuota najis untuk tahun ini sangat tinggi sehingga memaksa rakyat Korea Utara mencuri atau membeli kotoran itu untuk mengelakkan hukuman dihantar ke  kem buruh paksa.

Setiap orang dewasa mesti memberikan 500 kilogram najis manusia dan setiap murid sekolah perlu menyumbangkan kepada pemerintah 200 kilogram bahan kumbahan itu.

Menurut sumber tempatan, satu pergaduhan berlaku di Unsan, utara Pyongyang yang menyebabkan dua lelaki dirawat di hospital.

“Seorang pekerja kilang cuba mencuri najis di rumah milik lelaki lain.

“Mereka bergaduh sesama sendiri menggunakan kapak dan penyodok sebelum cedera parah,” kata sumber tersebut.

Dalam satu kejadian lain, pergaduhan tercetus selepas seorang pelajar sekolah ditangkap kerana menyerbu tandas awam untuk mencari najis. – AGENSI
25/1/2025  sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049825 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list