CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 860|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4.35 juta kenderaan dijangka masuk ke Pulau Pinang menjelang Tahun Baru Cina

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-1-2025 03:19 PM

4.35 juta kenderaan dijangka masuk ke Pulau Pinang menjelang Tahun Baru Cina

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
25 Januari 2025 01:33pm



Sebanyak 4.35 juta buah kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang melalui Lebuhraya PLUS dan Jalan Persekutuan pada minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Thaipusam dan cuti sekolah.




GEORGE TOWN - Sebanyak 4.35 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Persekutuan pada minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Thaipusam dan cuti sekolah.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut, Deputi Superintenden Donny John Jubang berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding 3.96 juta kenderaan yang dicatatkan dalam Ops Selamat pada tahun lalu.


"Kita akan tempatkan anggota polis di beberapa 'hot spot' kesesakan trafik yang tinggi untuk mengawal pergerakan kenderaan dengan 10 anggota secara syif di setiap lokasi sepanjang 24 jam.

"Kita juga ada dua 'jammed squad' iaitu satu di Jambatan Pulau Pinang manakala satu lagi di kawasan bandar. Sekiranya kita menerima aduan daripada orang awam, skuad ini akan respons di lokasi yang dilaporkan mengalami kesesakan.


"Mereka ini juga berperanan untuk mengawal trafik sekiranya berlaku kemalangan dan mengambil tindakan saman terhadap kenderaan yang parkir di tepi jalan," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Beliau sebelum itu menghadiri sidang akhbar bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengenai perancangan pengurusan trafik sempena cuti sekolah di Pasar Chowrasta di sini.


Tambah Donny, pihaknya akan bekerjasama dengan MBPP sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah ini untuk memastikan pergerakan trafik di negeri ini berjalan lancar.


Waktu bertugas anggota Unit Trafik Jabatan Penguatkuasan MBPP akan dilanjutkan dari jam 10 malam kepada jam 12 tengah malam pada setiap hari berkuatkuasa 18 Januari sehingga 16 Februari ini.




Sementara itu, MBPP telah melancarkan Ops Cuti Sekolah bagi menumpukan tindakan penguatkuasaan dan kawalan lalu lintas di beberapa kawasan tumpuan upacara keagamaan serta pelancongan bagi melancarkan aliran lalu lintas.

Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam MBPP, Shafiz Rahim Raja berkata, antara pelan pengurusan trafik yang dilaksanakan ialah Ops Payung, penutupan laluan masuk, lanjutan tempoh bertugas anggota trafik selain memanfaatkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV).

"Ops Payung akan diaktifkan di beberapa lokasi tumpuan utama antaranya Jalan Penang, Bukit Bendera, Ayer Itam dan Pesta Pulau Pinang. Di Jalan Penang, operasi ini bermula pada jam 11 pagi hingga 5 petang bermula 18 Januari hingga 16 Februari.

"Di Bukit Bendera, ia melibatkan dua 'check point' bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang, bermula 25 Januari hingga 16 Februari. Di Ayer Itam pula, ia akan bermula pada 29 Januari hingga 5 Februari (4 petang hingga 11 malam).

"Sementara di Pesta Pulau Pinang, operasi akan bermula pada jam 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari sehingga 2 Februari," katanya.

Jelasnya lagi, penutupan laluan masuk sahaja dari Lebuh Light ke Jalan Padang Kota Lama (berhadapan Town Hall) juga telah dilaksanakan sejak 18 Januari lalu sehingga 16 Februari nanti.

"Ia bermula jam 6 petang setiap hari bagi memastikan aliran trafik lancar bagi kenderaan keluar dari Padang Kota.

"Rondaan trak tunda juga akan dilakukan bermula jam 6 petang dan akan mengambil tindakan pada kenderaan yang membuat halangan," tambahnya.

Shafiz berkata, kerja-kerja pembinaan serta projek di beberapa jalan utama akan diberhentikan pada musim cuti sekolah ini.

]
MBPP melaksanakan beberapa pelan pengurusan trafik antaranya Ops Payung, penutupan laluan masuk, lanjutan tempoh bertugas anggota trafik dan memanfaatkan penggunaan CCTV.



"Kerja pembinaan dan pengorekan jalan akan diberhentikan kecuali bagi kerja-kerja kecemasan sahaja.

"MBPP juga menyediakan pasukan penyelenggaraan yang bersiap siaga 24 jam untuk menjalankan pembaikan dan menangani sebarang masalah yang mungkin timbul," ujarnya.

Menurutnya, MBPP, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga akan membuat rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan lain yang dikenalpasti akan mengalami kesesakan lalulintas seperti Persiaran Gurney, Pulau Tikus, kawasan sekitar Komtar dan Persiaran Bayan Indah (Queensbay Mall).


https://www.sinarharian.com.my/article/709227/edisi/utara/435-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pulau-pinang-menjelang-tahun-baru-cina


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033216 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list