CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2758|Reply: 0

Fenomena 'penjajaran planet' luar biasa

[Copy link]
Post time 25-1-2025 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Penjajaran kesemua planet disifatkan sebagai perkara luar biasa.

ENGLAND - Sejak minggu lalu, 'penjajaran planet' atau 'perarakan planet' meraih carian tertinggi di internet kerana pencinta astronomi enggan melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu yang berlaku pada Januari hingga Februari 2025.

Ramai yang tertanya-tanya planet apakah yang boleh dilihat dengan mata kasar dan betapa istimewanya penjajaran ini.

“Perarakan planet atau dirujuk sebagai penjajaran planet adalah apabila beberapa planet di dalam sistem suria kelihatan berbaris di langit dari perspektif kita di bumi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Integrage Space, John Conafay.

Menurut portal EarthSky, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun akan muncul pada bulan ini dan sejajar sepanjang ekliptik, hasil daripada pergerakan kesemuanya dalam satah yang hampir sama ketika mengelilingi matahari.

Difahamkan, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal akan dapat dilihat dengan mata kasar manakala teropong atau teleskop diperlukan untuk memerhati Uranus serta Neptun.

Ini bukan hanya fenomena astronomi, tetapi detik penting apabila sains dan spiritual bersatu.

Menurut BBC, orang ramai masih boleh menyaksikan 'perarakan' tujuh planet pada bulan depan jika terlepas penjajaran pertama.

Barisan itu termasuk Utarid yang tiada ketika fenomena pada Januari bersama, Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh dan Zuhrah.

Fenomena itu akan berlangsung pada 28 Februari dan awal Mac depan dan boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop.

Berlaku sekali dalam 396 bilion tahun hanyalah mitos?

Beberapa platform media sosial mendakwa 'penjajaran planet' pada Sabtu (25 Januari) berlaku sekali dalam tempoh 396 bilion tahun.

Secara logiknya, alam semesta telah wujud selama 13.7 bilion tahun dan dakwaan 'sekali dalam 396 bilion tahun' itu berpunca daripada salah faham tentang teori yang dibuat Jean Meeus menerusi buku hasil tulisannya, Mathematical Astronomy Morsels (1997).

Menurut Sky & Telescope, bagi menjawab tentang persoalan kelapan-lapan planet boleh dilihat di langit bumi, Meeus menyebut anggaran tentang 396 bilion tahun itu yang sebenarnya merujuk kepada planet berada dalam lingkungan 1.8 darjah antara satu sama lain.

Sebahagian daripada planet itu perlu menggunakan teleskop untuk dilihat.

“Bulan ini berlakunya 'perarakan planet', namun kesemuanya tidak berada pada jarak yang hampir antara satu sama lain,” jelas majalah berkisarkan tentang astronomi itu lagi.

'Perbarisan planet' sebenarnya boleh berlaku pada setiap tahun dan bergantung kepada jumlah planet.

Fenomena sama pernah direkodkan pada Jun 2024 dan hanya melibatkan dua planet yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Sementara itu, ahli astronomi di Fifth Star Labs di Britain, Jenifer Millard menolak dakwaan 'perarakan planet' berisiko memberi impak kepada bumi berikutan asas saintifik yang menyokong teori itu dikatakan tidak bersertakan bukti.

Pada 2019, penyelidik percaya 'penjajaran planet' boleh memberi kesan kepada aktiviti solar, namun tiada bukti tentang perkara tersebut walaupun saintis Jerman mendakwa gabungan kuasa pasang surut Zuhrah, bumi dan Musytari boleh menjawab persoalan itu.

Penuntut siswazah di Pennsylavania State University, Nick Tusay pada tahun lalu pula melihat 'penjajaran planet' itu mungkin boleh membuka ruang komunikasi dengan 'makhluk asing'.

“Tidak mustahil, 'tamadun asing' juga sedang mengkaji fenomena itu dan mungkin cuba menghantar isyarat kepada bumi seperti yang kita lakukan kepada planet Marikh,” ujarnya.

Ahli astronomi, Dean Regas berpendapat 'perarakan planet' pada 2025 adalah lebih istimewa kerana ia lebih jelas dapat diperhatikan pada waktu malam berbanding awal pagi serta bintang dan planet adalah lebih terang pada musim sejuk berbanding langit musim panas yang lebih berjerebu. - Agensi

25/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.039210 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list