CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3023|Reply: 0

Israel arahkan UNRWA hentikan operasi di Baitulmaqdis akhir bulan ini

[Copy link]
Post time 25-1-2025 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Kawat berduri menyelubungi dinding pejabat lapangan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Tebing Barat, Baitulmaqdis. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA) diarah menghentikan operasi dan meninggalkan semua premisnya di Baitulmaqdis menjelang 30 Januari ini, menurut duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Meskipun mendapat bantahan antarabangsa, ahli Parlimen Israel sudah meluluskan undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan Baitulmaqdis Timur, kawasan bandar yang diambil alih Israel selepas Perang Enam Hari pada 1967.

UNRWA berdepan kritikan daripada Israel termasuk dakwaan bahawa kakitangannya terbabit dalam serangan maut oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

Menerusi surat yang diberikan Duta Israel, Danny Danon, kepada Ketua PBB, Antonio Guterres, UNRWA diarah menghentikan operasinya di Baitulmaqdis dan mengosongkan semua premis tempat ia beroperasi di bandar itu selewat-lewatnya pada 30 Januari ini.

UNRWA dianggap sebagai tulang belakang operasi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Ia menyediakan bantuan kepada kira-kira enam juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Jordan dan Syria.

Baitulmaqdis Timur sudah lama menjadi pusat pentadbiran agensi itu, selain mengendalikan sekolah serta klinik kesihatan di kawasan berkenaan.

Israel turut meluluskan undang-undang yang melarang pegawainya berkomunikasi dengan UNRWA, namun Parlimen negara itu tidak mengharamkan agensi terbabit daripada beroperasi di Gaza atau Tebing Barat yang diduduki.

Awal bulan ini, Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata bahawa agensi berkenaan merancang untuk kekal dan terus memberikan perkhidmatan di kawasan yang membolehkannya beroperasi.

"Bagaimanapun, tanpa hubungan birokrasi atau operasi dengan Israel, ia menjadikan persekitaran operasi anda jauh lebih mencabar," katanya. - AFP

25/1/2024   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044713 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list