CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2074|Reply: 10

[Tempatan] Peminjam meninggal dunia, ceti haram bakar rumah keluarga

[Copy link]
Post time 24-1-2025 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2025 06:24 AM



Peminjam meninggal dunia, ceti haram bakar rumah keluarga

  • Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
  • 23 Januari 2025, 5:37 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kejadian 18 Januari lalu.


GOMBAK – Polis mengesan individu disyaki ceti haram yang menampal notis ugutan sebelum membakar halaman rumah di Taman Desa Jaya, di sini pada 18 Januari lalu.

Menerusi video tular di media sosial, suspek membaling botol plastik berapi ke halaman rumah itu sebelum melarikan diri pada pukul 4.55 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 30 tahun pada pukul 5.51 petang hari kejadian.

“Kejadian berpunca daripada hutang yang dibuat adik pengadu dengan pihak peminjam wang disyaki along berdasarkan notis ugutan yang ditampal pada pagar rumah.
.
“Bagaimanapun, adik pengadu telah meninggal dunia pada Disember lalu di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan individu terlibat masih belum dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menerusi 03-61262222.

Terdahulu seorang pengguna X mendedahkan sebuah rumah dibakar individu disyaki along kerana hutang anak mereka yang telah meninggal dunia.

“Saya terima aduan ah long membakar rumah ibu bapa di Desa Jaya, Kepong, walaupun anak mereka telah meninggal dunia akibat dipercayai terjatuh dari tingkat tinggi sebuah hotel di Johor.

“Dua laporan @PDRMsia (polis) telah dibuat,” katanya dalam hantaran 21 Januari lalu. -KOSMO! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2025 10:26 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2025 06:27 AM

Manusia seperti ini jika didapati bersalah jadikan makanan binatang buas seperti harimau. Mereka tidak layak hidup bersama manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ceti haram tu kalau ahlong tu india kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif pemuda dalam gambar berjalan nonchalant ja ketika hado rumah sedang berasap terbakar?

Kesian keluarga ni. Dah la anak yang berhutang tu pi mati bunuh diri. Dia ingat dengan buat gitu selesai la urusan hutang dia....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
“Saya terima aduan ah long membakar rumah ibu bapa di Desa Jaya, Kepong, walaupun anak mereka telah meninggal dunia akibat dipercayai terjatuh dari tingkat tinggi sebuah hotel di Johor“


Anak dia bunuh diri ke? Pastu tinggalkan beban hutang
pada parents lak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-1-2025 11:12 PM
Motif pemuda dalam gambar berjalan nonchalant ja ketika hado rumah sedang berasap terbakar?

Kesian  ...

Wat lek wat pis je dia
Igtkn die pelaku
Mcm gaya2 gangster macho dlm movie
Campak bom lps tu walk away sambil catwalk

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2025 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw xde lg ye thread psl 2 beranak, L dewasa kena bakor hidup2

Kes along jgk ke ape tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman madani along pun makin naik kepala...harap kes ni polis amik tindakan yg sama mcm kes kedai kkmart kena baling cat merah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2025 10:12 AM | Show all posts
Belum lagi termasuk kes bakar haiwan peliharaan peminjam terutama anjing kalau di luar rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2025 10:13 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-1-2025 07:12 AM
Motif pemuda dalam gambar berjalan nonchalant ja ketika hado rumah sedang berasap terbakar?

Kesian  ...

Dia lah yang membakar rumah tu







Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-1-2025 11:12 PM
Motif pemuda dalam gambar berjalan nonchalant ja ketika hado rumah sedang berasap terbakar?

Kesian  ...

Sb dia yg membakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.256760 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list