CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3233|Reply: 7

[Tempatan] Yang datang nak alter spender, coli pun ada’

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2025 05:44 AM

‘Yang datang nak alter spender, coli pun ada’

  • Oleh KOSMO!
  • 24 Januari 2025, 7:43 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Gambar yang dikongsi di aplikasi Threads.


PETALING JAYA – “Ada yang datang nak repair (baiki) spender (seluar dalam) pun ada, nak alter (ubah suai) coli pun ada”.

Itu antara pengalaman yang diceritakan oleh seorang pemilik kedai jahit berkenaan ragam pelanggan yang datang ke premisnya untuk mengubah pakaian.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna diaplikasi Thereads dikenali sebagai @mkamil14 sewaktu menemani ibunya ke premis berkenaan.

“Yang datang nak repair spender dan coli pun ada!. Spender dah pakai tau, bukan baru. Dah kuning-kuning dah. Pakcik cakap, ‘kau beli baru pasar malam tiga helai RM10 pun ada.

“Yang nak repair coli tu, pakcik tunjuk stapler kat dia pastu pakcik cakap: ‘kau stapler sendiri kasi kecik coli ko. Tak malu betul dia tau dik.

Kami ni semua lelaki yang kerja sini,” luah pemilik kedai itu.

Lebih memeritkan kata pemilik premis itu, ada pelanggan yang datang untuk mengubah suai pakaian dengan meletakkan harga sendiri.

“Ada yang datang minta nak pendekkan baju atau seluar tapi nak bayar RM2 je.Dia ingat dia hidup di tahun berapa?.

“Ada yang datang nak jahit langsir (kedai pakcik ini memang sediakan khidmat jahit langsir juga), tapi nak RM4 je tau,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman melayan kerenah pelanggan masing-masing.

“Saya pun menjahit, macam-macam kerenah boleh jumpa, ada yang nak cepat tapi tak fikir pun kita sendiri ada hal lain yang nak dibuat,” kata @nurakalily.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ddkyen.

“Saya part time (separuh masa) menjahit kat kedai jahit, memang macam-macam jenis manusia ada kalau nak alter baju ni. Kalau dapat yang kekwat (banyak ragam lagi la,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg repair spender or bra tu maybe ada sentimental value atau best sgt kain nya sampai sanggup alter. Mana nak tau, tah2 spender tu arwah suami dia hadiah kan ke kn
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni byk kedai alter bangla. Stress kenkadang sbb sesuka hati dia jahit. Ingat kan pandai. Mmg rasa main bukak je kedai alter tanpa ada betul2 pengalaman. Lepas jubah kesayangan SG rosak dulu, mmg x hantar dah ke bangla.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kata jadi tukang jahit ni orang nya penyabar. Mungkin sebab dia kena tekun tengok benang & jarum kot and siapkan baju kot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
la tak rasa malu ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
halah halah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak cik sejenis mesra Alam kot
Customer pun tak Rasa segan dh

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 25-1-2025 09:52 AM

Iols skrg kalau beli jeans labuh  potong sendiri je tak sampai seminit
Takyah jahit biar je hem tu gitu nnt dh basuh bulu2 jadi lebih cantik
Bleh gak kalau tak de gunting kain nk upah org alter tu nnt dia caj dlm RM2-5 je camtu.
Nih utk yg suka jeans ada bulus2 laaa kalau yg tak suka korang g la hantar alter suh dia potong dah jahit kalau minta sambung original cthnya nk pendekkan jeans tp bhgn bawah tu nak dikekalkan juga pun dorang bleh buat
Belas2 ringgit la dorang caj so kalau suar baru beli kedai rega beratus berbaloi laa nk pendekkan suar tp nk sambung ori ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.077529 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list