CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11531|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tunggakan sewa, yuran selenggara PPR Pulau Pinang cecah RM17.7 juta

[Copy link]
Post time 24-1-2025 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Tunggakan sewa, yuran selenggara PPR Pulau Pinang cecah RM17.7 juta

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S Sundarajoo (empat kanan) memberi kenyataan media mengenai Penambahbaikan Garis Panduan Rumah Mampu Milik negeri Pulau Pinang dan Penjenamaan Semula Nama dan Logo Bagi Rumah Mampu Milik (RMM) Kepada Rumah Mutiaraku (RMKu) pada sidang media di Bilik Ruby, Komtar. FOTO MIKAIL ONG





Georgetown: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan lebih tegas bagi menangani isu tunggakan sewa dan penyelenggaraan bagi unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) yang kini mencecah RM17.7 juta.

EXCO Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, jumlah tunggakan itu membabitkan 7,854 unit PPR dan PPA terkumpul, termasuk membabitkan skim sewa beli sejak 1970-an sehingga kini.

Beliau berkata, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) akan mengemas kini pangkalan data penyewa untuk memeriksa kelayakan mereka daripada segi pendapatan.

"Perkara ini menjejaskan kewangan negeri yang terpaksa menampung kos penyelenggaraan yang tidak cukup selain kita mendapati, ada dalam kalangan penyewa sudah tinggal sampai 20 tahun tahun daripada cuma ada sebuah motosikal, sekarang sudah ada dua buah kereta, gaji RM3,000 dan sebagainya.

"Kita sasarkan melalui garis panduan baharu, kalau penyewa tidak bayar unit, misalnya melebihi tiga bulan berturut-turut, kita akan keluarkan notis untuk ambil alih dan kita dapati ada yang setahun tidak bayar sewa.

"Sebelum ini tiada apa-apa tindakan diambil kepada golongan terbabit dan kita bukan mahu menyusahkan rakyat tetapi memastikan kemudahan itu dinikmati oleh mereka yang benar-benar layak dan memerlukan," katanya.

Sundrajoo berkata demikian pada sidang media Penambahbaikan Garis Panduan Rumah Mampu Milik (RMM) Pulau Pinang dan Penjenamaan Semula Nama dan Logo RMM kepada Rumah MutiaraKu (RMKu) di Kompleks Tun Razak (Komtar), di sini, hari ini.

Sundarajoo berkata, kerajaan negeri berkemungkinan besar akan menghapus kira tunggakan daripada lejer tahun 1970-an hingga 1990-an serta tunggakan membabitkan penyewa yang sudah meninggal dunia atau menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.

"Namun, bagi tunggakan yang lebih terkini, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mengutipnya dengan sistem pemantauan yang ketat akan dilaksanakan untuk mengelakkan tunggakan besar seperti ini berulang," katanya menambah kadar sewaan rumah PPR di negeri itu serendah RM70 hingga RM200 sebulan.

Beliau dalam pada itu berkata, bagi skim sewa beli, penyewa berpeluang memiliki rumah dengan bayaran sewa ansuran sehingga 25 tahun.

Namun, mereka juga berisiko kehilangan unit kediaman jika gagal melunaskan bayaran bulanan dalam tempoh tertentu.

Sundrajoo berkata, pihaknya turut mengambil maklum jumlah tunggakan tersebut membabitkan penyewa yang mengalami kesulitan hidup atau kehilangan pendapatan akibat masalah kesihatan selain mengalami kecacatan kekal.

Justeru, pihaknya dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan (Adun) kawasan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan turun padang untuk mengenal pasti adakah perkara yang dilapor itu benar dan mereka layak diberi pertimbangan untuk terus tinggal di unit terbabit.

"Kerajaan negeri mengambil sikap bertimbang rasa kepada penyewa yang berdepan kesulitan hidup sehingga tidak mampu melunaskan hutang sewa dan bayaran penyelenggaraan tertunggak.

"Semalam, ada satu kes penyewa hilang upaya kekal akibat kemalangan kira-kira 10 tahun, jadi kita ambil berat dan bantu rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan, penambahbaikan garis panduan RMM Pulau Pinang kali pertama dilakukan sejak 1986 dengan kerajaan negeri menyasarkan untuk menyediakan 220,000 unit RMM menjelang 2030 sudah mencapai pembinaan 163,310 unit atau 74.23 peratus setakat 23 Januari tahun ini.



Disiarkan pada: Januari 24, 2025 @ 1:15pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1180130/tunggakan-sewa-yuran-selenggara-ppr-pulau-pinang-cecah-rm177-juta




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037514 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list