CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18145|Reply: 0

Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import China mulai 1 Februari

[Copy link]
Post time 23-1-2025 07:56 AM | Show all posts |Read mode


ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, satu langkah yang dikhuatiri beberapa penganalisis boleh mencetuskan perang dagang.

Ancaman pelaksanaan tarif ini susulan pengumuman Trump pada Isnin yang beliau berhasrat mengenakan 25 peratus duti ke atas import dari Kanada dan Mexico sebagai tindak balas terhadap kemasukan fentanyl dan pendatang tanpa izin ke AS, lapor Agensi Anadolu yang memetik media tempatan.




Trump pada Selasa berkata, tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl, dengan mendakwa fentanyl dihantar dari China melalui Kanada dan Mexico ke Amerika Syarikat.

"Kami bercakap tentang tarif 10 peratus ke atas China berdasarkan hakikat yang mereka menghantar fentanyl ke Mexico dan Kanada," kata Trump.

Rancangan Trump untuk mengenakan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico mungkin menyebabkan kesan ekonomi kepada industri AS dan perang dagang, menurut penganalisis.

Pada penggal pertama menjadi presiden, Trump berjaya membuat perjanjian perdagangan baharu dengan Kanada dan Mexico, Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada dan mencapai perjanjian terhad dengan China untuk manfaat petani Amerika, menurut The New York Times.

Trump sejak itu berusaha merundingkan semula kedua-dua perjanjian itu semasa penggal keduanya.

Sebagai reaksi kepada rancangan Trump, jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata Beijing akan mempertahankan kepentingan negara mereka.

"Tidak ada pemenang dalam perang dagang atau perang tarif dan China akan tegas mempertahankan kepentingannya" kata Mao dalam laporan The Global Times. - Bernama/AA

Disiarkan pada: Januari 22, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038932 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list