Wanita itu telah membuat laporan polis. -Agensi
BANGKOK - Seorang wanita diserang dan dipukul oleh bekas rakan sekerjanya selepas pelaku mendakwa wanita itu menjadi punca dia dibuang kerja.
Kejadian berlaku di Plaeng Daeng pada Isnin lalu, semasa mangsa ditahan oleh pelaku ketika dia sedang menunggang sebuah motosikal.
Media melaporkan, mangsa dikenali sebagai May, 29, kemudian dipukul di bahagian muka sehingga dia cedera.
Mangsa kemudiannya meminta pertolongan orang ramai sehinggalah seorang penduduk setempat yang melihat kejadian itu berjaya meleraikan insiden berkenaan. "Saya mengenali wajah pelaku, dia dahulu bekerja di tempat yang sama dengan saya iaitu Pak Pai, 39.
"Namun dia telah dipecat kerana sering tidur di tempat kerja, saya berasakan bahawa dia marah kerana dipecat dan menyalahkan saya, tetapi saya bukan punca dia dipecat," katanya kepada wartawan pada Selasa.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis Plaeng Daeng. Polis telah membuka kertas siasatan dan akan menahan pelaku. - Agensi
|