CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10969|Reply: 0

Penyelamat redah lumpur cari mangsa terkambus dalam tanah runtuh

[Copy link]
Post time 22-1-2025 06:35 PM | Show all posts |Read mode

Gambar dikeluarkan pasukan enyelamat menunjukkan kerja menyelamat sedang giat dijalankan di Kampung Kasimpar di Pekalongan, Jawa Tengah. - Foto AFP.

PEKALONGAN: Ratusan penyelamat mengharungi lumpur tebal untuk mencari mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat di Jawa Barat.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 19 orang dan tujuh lagi masih hilang.

Hujan lebat di kawasan pergunungan berhampiran bandar Pekalongan di wilayah Jawa Tengah, menyebabkan tanah runtuh, meruntuhkan jambatan dan beberapa kereta serta rumah terkambus.

"Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui dua mayat pada sebelah pagi ini. Jumlah kematian yang dicatatkan sehingga petang ini, adalah 19 orang.

Dua mayat yang ditemui pagi ini adalah sebahagian daripada senarai orang yang dilaporkan hilang dalam kejadian tragik itu," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari.



Agensi pencarian dan penyelamat Basarnas dalam satu kenyataan hari ini turut menyatakan, seramai 13 orang turut cedera.

Pegawai tempatan, Mohammad Yulian Akbar pula berkata, jentera berat juga sudah dikerahkan untuk membersihkan akses jalan bagi pasukan pencarian dan sekitar 200 kakitangan penyelamat membantu usaha menyelamat.

"Perhatian ketika ini adalah untuk mencari mangsa," katanya, sambil berkata, kerajaan tempatan sudah mengisytiharkan darurat di daerah itu selama dua minggu.

Menurut pegawai tempatan, kawasan yang paling teruk terjejas adalah kampung Kasimpar, yang mana tanah runtuh menyebabkan sebuah kedai kopi tertimbus dan mereka yang sedang berlindung di kedai itu turut terkorban.

Polis, tentera, dan sukarelawan juga diarahkan menyertai pencarian bersama pekerja penyelamat, yang berlaku di sekitar 90 kilometer (60 batu) ke barat bandar Semarang.

Namun, usaha itu menyelamat terpaksa dihentikan sektika akibat hujan lebat dan disambung selepas reda di kawasan itu.

Muhari turut menyatakan, ramalan cuaca untuk tiga hari mendatang pula menunjukkan hujan sederhana yang boleh 'mengakibatkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh'.

Indonesia sering terdedah kepada tanah runtuh ketika musim hujan, yang biasa berlaku antara bulan November dan April.

Pada November lalu, banjir akibat hujan lebat di barat Indonesia menyebabkan 27 orang maut.

Beberapa bencana yang disebabkan oleh cuaca buruk berlaku di luar musim itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Perubahan iklim juga meningkatkan intensiti ribut, menyebabkan hujan lebih lebat, banjir kilat, dan tiupan angin yang lebih kuat.

Pada Mei lalu, sekurang-kurangnya 67 orang terkorban selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Sumatera Barat, yang mana banjir itu bercampur dengan abu, pasir, dan kerikil dari letusan Gunung Marapi ke kawasan perumahan.

Januari 22/1/2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047778 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list