CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11652|Reply: 0

Trump okey jika Musk mahu beli TikTok

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:28 PM | Show all posts |Read mode

ELON Musk. FOTO Reuters

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam kenyataannya pada Selasa berkata, beliau terbuka jika bilionair teknologi Elon Musk yang juga pemilik platform media sosial X membeli aplikasi TikTok milik China.

"Saya tiada masalah jika dia mahu membelinya," kata Trump kepada pemberita ketika ditanya sama ada dia terbuka seandainya Musk, individu terkaya di dunia dan ketua inisiatif pemotongan belanjawan dalam pentadbiran baharu, yang memperoleh platform perkongsian video berkenaan.

TikTok berdepan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS) yang mengarahkan pemiliknya di China, ByteDance melepaskan pegangan operasinya di AS, atau diharamkan.

Dalam salah satu tindakan pertamanya di pejabat, Trump mengarahkan jeda untuk menguatkuasakan undang-undang yang sepatutnya menyaksikan TikTok diharamkan di negara itu pada Ahad lalu, sehari sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan presiden untuk penggal kedua.

Perintah eksekutif itu mengarahkan peguam negara menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu selama 75 hari.

Bagi menyelamatkan operasi syarikat AS, Trump pada Isnin juga memberi idea perkongsian 50-50 antara AS dan ByteDance, walaupun beliau tidak memberi butiran bagaimana ia boleh dicapai.

Larangan penggunaan TikTok itu diluluskan kerana kebimbangan bahawa kerajaan China boleh mengeksploitasi aplikasi berkenaan untuk mengintip rakyat AS atau secara rahsia mempengaruhi pendapat umum AS melalui pengumpulan data dan manipulasi kandungan.

Ditanya pada Selasa jika telefonnya mempunyai TikTok, yang diharamkan pada peranti kerajaan AS, Trump berkata, 'Tidak, tetapi ... saya rasa saya akan memuat turunnya sekarang.'

Operasi TikTok di AS dihentikan sementara lewat Sabtu ketika tarikh akhir pelaksanaan undang-undang semakin hampir, menyebabkan jutaan pengguna kecewa kerana disekat daripada menggunakan aplikasi itu.

Hasil kerjasama dengan Oracle, penyedia pelayannya, TikTok memulihkan perkhidmatan di AS pada Ahad yang mengkreditkan komitmen Trump untuk menyelamatkan aplikasi itu selepas kembali mengambil alih tampuk pemerintahan.

Walaupun pengguna sedia ada masih boleh menikmati TikTok, Apple dan Google tidak menyediakan aplikasi itu untuk dimuat turun atau dikemas kini.


Disiarkan pada: Januari 22, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.045455 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list