CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10848|Reply: 0

Trump disaman berhubung isu kerakyatan

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:24 PM | Show all posts |Read mode

DONALD Trump. FOTO AFP

Los Angeles: Gabungan negeri yang berpihak kepada Demokrat mengambil tindakan undang-undang pada Selasa bertujuan menghalang rancangan Donald Trump untuk menamatkan hak kerakyatan berdasarkan kelahiran di Amerika Syarikat (AS).

Tuntutan yang difailkan oleh 18 negeri, termasuk California dan New York, dibuat sehari selepas Trump memegang jawatan.

Antaranya, perintah menghapuskan pemberian kerakyatan automatik kepada sesiapa yang dilahirkan di AS iaitu hak yang dijamin oleh Pindaan ke-14 perlembagaan negara.

Jika dilaksanakan, perintah itu akan menghalang kerajaan persekutuan daripada mengeluarkan pasport, sijil kewarganegaraan atau dokumen lain kepada kanak-kanak, yang ibu mereka berada di negara ini secara haram atau sementara, dan bapanya bukan warganegara AS atau pemastautin tetap.

"Perintah eksekutif presiden yang cuba membatalkan kewarganegaraan hak kelahiran adalah jelas bertentangan dengan perlembagaan dan terus terang, bukan rakyat AS," kata Peguam Negara California Rob Bonta ketika mengumumkan saman itu.

"Kami meminta mahkamah segera menyekat perintah ini daripada berkuat kuasa dan memastikan hak kanak-kanak kelahiran AS yang terjejas oleh perintah ini kekal berkuat kuasa sementara litigasi diteruskan.

"Presiden melampau bidang kuasanya dengan perintah ini, dan kami akan bertanggungjawab," katanya.

Tuntutan saman itu difailkan di mahkamah persekutuan dekat Massachusetts. Ia disusuli bersama saman serupa yang difailkan oleh American Civil Liberties Union (ACLU) dan kumpulan advokasi lain di New Hampshire.

Pindaan ke-14 diterima pakai selepas Perang Saudara AS dan ia sebahagian daripada usaha untuk memastikan hak bekas hamba dan anak mereka.

"Semua orang yang dilahirkan atau dinaturalisasikan di AS dan tertakluk kepada bidang kuasanya, adalah warganegara AS dan negara di mana mereka tinggal," katanya

Jika dilaksanakan, perintah Trump akan berkuat kuasa 30 hari daripada tarikh beliau menandatanganinya.

Trump mengakui beliau mungkin menghadapi cabaran undang-undang dengan melaksanakan perintah itu.


Disiarkan pada: Januari 22, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035033 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list