CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14025|Reply: 9

[Jenayah] Pura-Pura Scan QR, Guna Apps Lain Untuk Palsukan Resit!

[Copy link]
Post time 21-1-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan kehadiran sebuah aplikasi yang boleh memperdaya penjual di mana seolah-olah sudah membuat pembayaran.

Dengan aplikasi ini, seseorang boleh menjana resit palsu yang lalu boleh digunakan dalam penipuan pembayaran terhadap sesebuah kedai atau peniaga.

Suspek hanya perlu memasukkan nama akaun dan jumlah bayaran kemudian paparan resit ‘jadian’ bakal dipaparkan serta-merta.

Akibatnya, peniaga yang tidak cakna atau menyedari muslihat ini bakal berdepan kerugian wang yang besar.

Pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok berkenaan kehadiran TikTok ini langsung mengundang kemarahan orang ramai. Hal ini kerana netizen turut mengelar ia sebagai menyalah guna kebijaksanaan untuk berbuat jenayah.

Sementara itu, netizen turut berpesan kepada orang ramai agar tidak sesekali mencuba guna resit palsu ini kerana jika tertangkap bakal merana hidup selepas ini.

Dalam pada itu, ramai juga meminta peniaga agar berwaspada dengan menyemak sebarang transaksi yang dibuat atau lebih selamat lagi dengan menggunakan kotak suara yang disediakan oleh bank.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2025 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 09:17 AM | Show all posts
guna mesin yg auto detect tu
ape ke namanya tah
tak yah tgk kt fon org dh

kt shopee lazada ada jual
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalau guna qr mmg iols tunggu dulu...
Sebab kekadang masuk lambat..
Lagi takut kalau tak masuk...kesian peniaga
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 01:25 PM | Show all posts
Ada setengah kedai aku jumpa yg guna QR atau online payment ni dia akan ada bunyi pymt masuk tak pun cash register terbukak. Setakat cashier just tengok resit, mmg kena klepet laa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya....'teknologi' itu..memudahkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2025 02:24 PM | Show all posts
Apa kelemahan QR yg boleh disalah guna...
Sy perhati byk kali selepas org scan qr code samada di pasar tani ke atau mall etc.. owner  tak berapa kisah nak tengok betul-betul walaupun pelanggan tunjuk sbb penting tengok betul-betul duit tu masuk tak dlm akaun anda...
Jgn bila dah x masuk baru viral kan marah customer tak bayar..
Sedangkan nampak remeh tunjuk skrin dgn pandangan acuh tak acuh tu tapi penting tengok betul2 supaya sbg peniaga anda tidak dimanipulasi dan ditipu buta gitu je...

Sebab tu cash tetap relevan sbg cara utama pembayaran kerana sudah tentu penjual terima notes bayaran itu terus pd tangan mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 cara nak menipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk kedai yg dah guna yg ada suara tu, dia ckp brapa amount yg masuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 ni kalau bodoh sangat baik jangan kerja lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042860 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list