CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6323|Reply: 0

[Sarawak] Dion sekali lagi cipta sejarah, bertanding di 'Dance World Cup Finals' di Sepanyol pada Julai

[Copy link]
Post time 20-1-2025 12:42 PM | Show all posts |Read mode


Dion dipilih mewakili Malaysia ke 'Dance World Cup Finals' di Sepanyol pada Julai depan.
KUCHING: Dion Das Louis atau lebih dikenali sebagai 'Little Bornean Birdie' sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih mewakili Malaysia ke 'Dance World Cup Finals' di Burgos, Sepanyol pada Julai depan.

Dion, bakat muda Sarawak berusia sembilan tahun, terpilih selepas memenangi kategori 'Mini Solo National and Folklore' dan 'Best Solo Mini' pada 'Dance World Cup Malaysia Qualifier'.

Pertandingan tersebut dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah pada 16 dan 17 Januari lepas di Sabah.

Berkongsi kemenangan, ibu dan bapa Dion, Louis Lansam dan Edina Lanying berbangga dengan kejayaan anak mereka sekali lagi mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di pentas antarabangsa.

"Saya dengan bapanya sangat berbangga dengan kejayaan Dion dalam pertandingan kali ini.

"Menerusi kemenangan ini, Dion dapat membawa nama Malaysia dalam pertandingan  'Dance World Cup Finals' di Burgos, Sepanyol pada bulan Julai kelak," kata Edina kepada Utusan Borneo hari ini.


Dion meraikan kemenangan pada 'Dance World Cup Malaysia Qualifier' di Sabah pada 16 dan 17 Januari lepas.

Sebagai persediaan ke Sepanyol, Edina berkata, Dion memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai kos perjalanan ke Sepanyol untuk bertanding mewakili Malaysia.

Sehubungan itu, Edina berharap ada pihak yang akan tampil membantu menaja anaknya pada pertandingan bertaraf dunia itu nanti.

Sementara itu, persembahan tarian Dion yang menawan hati juri diilhamkan daripada tarian tradisional Dayak Iban 'ngajat' dan menggabungkan elemen budaya-budaya Sarawak, termasuk 'Ruai' (burung kuang Malaysia) dan 'Kenyalang' (burung enggang).

Pencapaian Dion menjadi bukti usaha keras dan semangatnya, membawa kebanggaan bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada Malaysia secara keseluruhan.

Tahun lalu, Dion membanggakan Sarawak dan Malaysia apabila berjaya meraih dua pingat emas pada 27th World Championships of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat.

Bersaing dalam 'Divisyen Junior,' Dion cemerlang dalam kategori 'Ethnic Dance' dan 'Photo Shoot Model' pada acara yang berlangsung di Long Beach, California.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048700 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list