CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9134|Reply: 0

[Sarawak] 104 mangsa banjir di Rumah Mawan Ak Rasa dan SK Kuala Kebulu Jelalong Tubau terima bantuan bekalan makanan

[Copy link]
Post time 20-1-2025 10:08 AM | Show all posts |Read mode


Kakitangan JKM menyerahkan bantuan bekalan makanan kepada wakil penduduk.

BINTULU: Seramai 41 mangsa banjir di Rumah Mawan Ak Rasa, Long Mekapan Sungai Jelalong dan 63 mangsa banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu Jelalong Tubau yang terputus hubungan akibat banjir menerima bantuan bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu semalam (Jumaat).

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi penghantaran bekalan makanan itu telah dilakukan oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bersama kakitangan JKM dengan sebuah jentera lori pengangkut.

"Penghantaran itu diketuai Komander Operasinya yang juga Pegawai Ops BBP Bintulu PPgB Francis Aceh pada jam 9 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Barang bantuan dipunggah ke dalam bot panjang oleh wakil penduduk untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang lainnya.

Penghantaran bekalan makanan tersebut diterima wakil penduduk yang menggunakan bot panjang untuk membawa dan mengagihkannya kepada mangsa-mangsa lainnya di penempatan mereka susulan jalan penghubung tidak dapat dilalui kenderaan akibat banjir.

Beliau berkata, operasi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir tersebut ditamatkan sekitar jam 5 petang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.151199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list