CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22635|Reply: 0

[Sabah] 10,000 terjejas banjir di Pitas

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:02 AM | Show all posts |Read mode


PINDAH: Anggota APM membantu memindahkan penduduk terjejas banjir di Pitas.

PITAS: Kira-kira 10,000 penduduk daerah ini terjejas banjir akibat hujan lebat berterusan dengan seramai 213 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi @ Mohd Faizal Hussin, berkata anggaran itu membabitkan kampung yang terkurung, terjejas dan tidak jalan raya tidak dapat dilalui.

Beliau berkata, ia membabitkan kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas dan DUN Bengkoka dengan empat pusat penempatan sementara (PPS) sudah dibuka setakat jam 9 malam tadi.

Empat PPS terbabit, katanya ialah Dewan Kusilad, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan II, SK Salimpodon Darat dan Balai Raya Kampung Lugu.

"Setakat ini, seramai 38 keluarga dengan 106 mangsa membabitkan 15 lelaki, 36 wanita, 30 kanak-kanak lelaki, 21 kanak kanak perempuan, tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan ditempatkan di PPS SK Pekan II.

"Selain itu, 21 keluarga dengan 47 mangsa membabitkan 10 lelaki dewasa, 24 wanita, lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dipindahkan di PPS SK Salimpodon Darat.

"Setakat jam 9 malam tadi juga, seramai 21 keluarga membabitkan seramai 66 mangsa dipindahkan di Balai Raya Kampung Lugu, masing-masing 29 lelaki, 25 wanita, masing-masing lima kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dua bayi perempuan," katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, katanya banjir di daerah itu menyebabkan 16 batang jalan tenggelam dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan setakat malam tadi iaitu Jalan Kampung Manduring Laut, Jalan Salungkapit, Jalan Dandun Seberang, Jalan Bilangau Besar, Jalan Dandun Pusat dan Jalan Dandun Laut.

Selebihnya ialah Jalan Dandun Darat, Jalan Kampung Masin, Jalan Layung, Jalan Rukom, Jalan Sulakalung, Jalan Sinukab, Jalan Pangkalan Kanibongan, Jalan Pandai Mandamai, Jalan Kampung Kusilad dan Jalan Kampug Layang.

Asdi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas turut mengesahkan dua sekolah terkesan akibat banjir setakat ini iaitu SK Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Sementara itu, katanya JPBD juga giat meningkatkan kesedaran mengenai langkah keselamatan menghadapi banjir menerusi kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Pitas dengan menyebar luas maklumat terkini melalui media sosial kepada ahli Komuniti Madani dan masyarakat.

"Masyarakat Pitas dinasihatkan agar sentiasa peka dan berwaspada terhadap keadaan semasa. Sekiranya perlu dipindahkan maka arahan pemindahan perlu dipatuhi.

"Selain itu, masyarakat juga perlu memantau anak-anak agar tidak bermain air ketika musim banjir serta memastikan dokumen penting dibawa bersama semasa berpindah ke PPS," katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut mengenai banjir boleh diperolehi dengan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dianggotai pelbagai agensi serta jabatan dan sudah diaktifkan 24 jam di Bangunan Urusetia Pitas, Pejabat Daerah Pitas, Blok A, Tingkat 1 atau menerusi talian 088-615655.

Banjir melanda daerah ini berikutan limpahan air Sungai Kabatasan dan Sungai Bengkoka yang masing-masing mencatat 4.57 meter dan 2.69 meter, iaitu melebihi paras bahaya setakat jam 9 malam tadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.043266 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list