CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22574|Reply: 0

[Sabah] Wanita ditahan selepas kereta terbabas disyaki terbabit curi kabel

[Copy link]
Post time 19-1-2025 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-1-2025 05:52 PM



RAMPAS: Pelbagai jenis barang termasuk kabel telekom dan pemotong besi yang ditemukan di dalam kenderaan terbabit.

PENAMPANG: Seorang wanita ditahan manakala tiga rakannya sempat melarikan diri selepas kereta dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak daripada pemeriksaan polis di Jalan Kolopis, di sini.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku ketika anggota Balai Polis Penampang melakukan rondaan di kawasan berkenaan, dan melihat sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, anggota polis mengarahkan kenderaan berkenaan berhenti bagi tujuan pemeriksaan, namun suspek bertindak memecut laju dan melarikan diri.

"Kenderaan dipandu suspek berjaya dikejar sejauh kira-kira 500 meter sebelum terbabas ke arah sungai.

"Berikutan itu, seorang wanita warga tempatan berusia 25 tahun ditahan dan manakala tiga lagi rakan lelaki suspek melarikan diri," katanya dalam kenyataan media.

Sammy berkata, pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai jenis barang antaranya kabel telekom dan pemotong besi.

"Polis masih mengesan tiga lagi suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

"Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, Sammy berkata sekirannya orang awam ada sebarang maklumat berkaitan dengan kes di atas atau lain-lain kes berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya, mereka boleh menjalurkan maklumat di Balai Polis Penampang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.048499 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list