CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22864|Reply: 0

[Sarawak] Laluan Bas Elektrik Metro Kuching 103 akan bermula dari Open Air Market mulai 1 Februari

[Copy link]
Post time 19-1-2025 01:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-1-2025 05:08 PM



Abdul Karim (empat kiri), Snowdan (lima kiri), Sherrina (tujuh kiri), Lai (tiga kanan), Suriya (tiga kiri) serta yang lain merakamkan kenangan selepas sidang media hari ini. – Gambar Kong Jun Liung

KUCHING: Laluan Bas Elektrik Metro Kuching 103 yang terdahulunya bermula dari Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diselaraskan semula untuk bermula dari Open Air Market mulai 1 Februari, menurut Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu menjelaskan pemindahan titik permulaan ke Open Air Market itu memanfaatkan peranannya sebagai hab pengangkutan utama di Kuching.

"Dengan pembinaan yang sedang dijalankan di Stesen Hikmah Exchange yang akan berfungsi sebagai stesen utama ART (Autonomous Rapid Transit) di pusat bandar, penjajaran semula ini adalah langkah strategik.

"Open Air Market sudah pun menjadi hab pengangkutan mantap, menjadikannya titik permulaan yang mudah untuk penumpang," katanya pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur II hari ini.

Beliau juga menekankan laluan itu berdekatan dengan tarikan pelancong utama, termasuk Muzium Budaya Borneo dan Muzium Maritim, sekali gus meningkatkan kebolehcapaian untuk penduduk tempatan dan pelawat.

Abdul Karim berkata, penjajaran semula itu akan meningkatkan ketersambungan, membolehkan peralihan lancar penumpang semasa berada di stesen ART dan Perkhidmatan Bas Elektrik Metro Kuching.

"Pelarasan ini meningkatkan kemudahan dan kecekapan untuk pengguna, menjadikan perancangan perjalanan lebih mudah," katanya.

Beliau berkata, dengan laluan baharu yang menghubungkan Open Air Market ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, jumlah masa perjalanan dikurangkan daripada dua jam kepada satu setengah jam, memastikan jadual perkhidmatan lebih cekap.

Abdul Karim menekankan inisiatif itu sejajar dengan komitmen Kerajaan Sarawak terhadap mobiliti hijau yang merupakan satu elemen utama strategi pelancongan negeri.

"Bas elektrik ini mesra alam, mengurangkan jejak karbon kita dan mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan mampan terkemuka.

"Ketika kita menghampiri Tahun Melawat Malaysia 2026, inisiatif mobiliti hijau ini mengesahkan komitmen kita terhadap pembangunan mampan," tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Henz Pacific Sdn Bhd Henry Lai yang menguruskan Perkhidmatan Bas Elektrik Metro Kuching berkata, laluan bas itu kini disepadukan ke dalam Google Maps.

“Dengan integrasi ini, pelancong kini boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih cekap,” jelasnya.

Beliau memberitahu, jadual baharu bas itu kini menawarkan 16 perjalanan setiap hari, bermula jam 6 pagi dan berjalan setiap satu setengah jam sehingga 4.30 petang.

Untuk rekod, perkhidmatan Metro Kuching mula beroperasi pada 3 Mac 2021 dengan empat bas elektrik, menawarkan perjalanan bas percuma kepada penduduk tempatan dan pelancong.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi mudah alih yang dipanggil ‘Kuching Metro’ untuk memantau masa lokasi sebenar bas dan anggaran masa ketibaan bas.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datu Sherrina Hussaini, dan Pengurus Majlis Kraf Sarawak Suriya Charles Buas.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058200 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list