CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15602|Reply: 0

Polis Thailand buru warga Kemboja berkait kes bunuh bekas ahli politik

[Copy link]
Post time 15-1-2025 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Kenderaan yang membawa Ekkalak Paenoi, suspek pembunuhan bekas ahli politik dengan Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) Lim Kimya, diiringi oleh pegawai polis ketika tiba di Thailand berikutan penyerahan dari Kemboja kepada pihak berkuasa Thailand, di Bangkok. - Foto REUTERS

BANGKOK: Polis Thailand mendakwa pihaknya sedang memburu seorang warga Kemboja yang dipercayai menjadi dalang di sebalik pembunuhan seorang ahli politik pembangkang Kemboja di Bangkok, minggu lalu.

Bekas Ahli Parlimen daripada Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), Lim Kimya ditembak mati oleh seorang penunggang motosikal ketika beliau tiba di Bangkok dengan bas dari Kemboja bersama isterinya yang merupakan warganegara Perancis.

Warga Thailand, Ekkalak Paenoi, mengaku bersalah atas jenayah berkenaan dalam sebuah video siaran langsung selepas didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat dan memiliki senjata api tanpa kebenaran.

Semalam, Mahkamah Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek warga Kemboja yang dipercayai merancang jenayah terbabit.

Ketua Polis Pusat Bandar Bangkok, Sanong Sangmanee, berkata suspek warga Kemboja itu kini dalam status pelarian.

Penyiar awam ThaiPBS melaporkan bahawa warga Kemboja itu dikenali sebagai Somwang Bamrungkit, 43, menghadapi tuduhan mengupah seseorang untuk melakukan pembunuhan serta memiliki dan menggunakan senjata api secara tidak sah.

Tokoh pembangkang Kemboja menuduh bekas pemimpin berkuasa negara itu, Hun Sen, sebagai dalang di sebalik pembunuhan terbabit, sementara jurucakap kerajaan menafikan perkara itu.

Baru-baru ini, polis Thailand menahan seorang pemandu yang dituduh membantu penembak Thailand melarikan diri dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pemandu itu mendakwa dia tidak mengetahui mengenai jenayah berkenaan ketika membantu suspek, menurut laporan media tempatan.

Beberapa laporan media Thailand mendakwa Paenoi dibayar 60,000 baht (RM7,779) untuk pembunuhan itu, tetapi polis berkata dia mendakwa tidak menerima sebarang bayaran dan melakukan pekerjaan itu untuk membalas budi. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035479 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list