CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4444|Reply: 0

Genap setahun Raja Frederik menaiki takhta Denmark

[Copy link]
Post time 15-1-2025 02:54 PM | Show all posts |Read mode

Raja Frederik X

COPENHAGEN - Raja Frederik X dari Denmark, 56, merenung kembali peralihan takhta baginda yang penuh emosi dengan kata-kata peribadi pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Untuk menggantikan bonda saya tanpa perlu mengucapkan selamat tinggal, merupakan satu keistimewaan yang besar," catat putera Ratu Margrethe II, yang turun takhta setahun lalu, di Instagram dan Facebook.

"14 Januari 2024, merupakan hari yang penuh emosi dan tidak dapat dilupakan dari awal hingga akhir."

Keluarga diraja mengeluarkan beberapa gambar Frederik dan keluarganya di belakang tabir yang diambil tidak lama sebelum peralihan kepada pemerintahannya

Tidak lama selepas itu, Frederik melangkah ke balkoni Istana Christiansborg di Copenhagen di tengah-tengah sorakan orang ramai, menyaksikan Perdana Menteri, Mette Frederiksen mengisytiharkannya sebagai raja baharu.

Peralihan itu menandakan perubahan paling ketara dalam beberapa dekad dalam keluarga diraja Denmark, yang sangat popular.

Ratu Margrethe secara tiba-tiba mengumumkan semasa ucapan Malam Tahun Baharu pada 31 Disember 2023, bahawa selepas memerintah selama 52 tahun,
baginda akan menyerahkan takhta kepada puteranya, Frederik.

Pelepasan takhta seperti itu sangat jarang berlaku dalam kerajaan Denmark, seperti juga di monarki Skandinavia yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.049414 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list