CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5227|Reply: 0

'Kali ketiga masuk pertandingan memancing, tak sangka menang wang tunai RM200,000...'

[Copy link]
Post time 15-1-2025 02:24 PM | Show all posts |Read mode

Hakim memenangi wang tunai RM200,000 selepas diumum juara pertandingan memancing. Gambar video TikTok

KUALA LUMPUR: Seorang remaja tidak menyangka penyertaan kali ketiga dalam pertandingan memancing baru-baru ini membawa tuah apabila diumum juara dalam acara itu dan menerima hadiah wang tunai RM200,000

Remaja terbabit yang dikenali sebagai Hakim, 16, berasal dari Selayang, berkata kejayaan dilakar kali ini amat mengejutkan kerana kegiatan memancing yang menjadi hobinya membuahkan hasil sangat lumayan.

Hakim mengikuti pertandingan memancing siri ke-10 anjuran Den Kolam Pancing di Ulu Yam, Kuala Selangor yang diadakan 5 Januari lalu bermula jam 2.30 petang hingga jam 6.30 petang.

"Saya datang ke sini bersama bapa dan datuk, ini kali ketiga saya masuk pertandingan memancing dan diumumkan juara dengan hadiah wang tunai RM200,000. Saya masih tidak tahu nak buat apa dengan duit kemenangan ini," katanya menerusi temubual ringkas dalam video yang dimuat naik dalam platform TikTok @abg.naga96, semalam.

Sementara itu, video kemenangan remaja berkenaan mendapat perhatian umum dan tular di platform X apabila ia dimuat naik seorang pengguna laman sosial itu.

Video dimuat naik oleh pengguna @ricxxxkiddo dengan kapsyen 'Asyik memancing je, ingat memancing boleh jadi kaya ke? Say no more' itu mendapat lebih 240,000 tontonan.

Kebanyakan netizen memberi komen positif dan menyatakan walaupun hanya sekadar hobi, aktiviti memancing juga dapat membawa rezeki tidak dijangka.

Ada juga warganet yang mengucapkan tahniah dan berharap remaja itu menyimpan wang berkenaan dengan membelanjakannya sebaik mungkin.

"Alhamdulillah. Rezeki adik ni. Memang laa RM200,000 tak banyak mana, cepat habis kalau tak pandai setting (rancang). Sebab nilai Ringgit makin kecil. Cuma muda sangat dapat RM200,000. Apa dia nak buat dengan duit itu tak tahu laa," kata pengguna @DanteNazz.

Seorang lagi pengguna menasihati remaja berkenaan supaya bijak dalam berbelanja dan membuat simpanan.

"Allah rezeki 2025 tu dik.. belanja elok-elok tau masuk ASB (Amanah Saham Bumiputera) RM100,000 (tu), jangan enjoy, biar duit tu berganda tau, kena bijak," kata pengguna @Disinishoppee .

"Hebat betul hadiah ni. Macam mana aku tak tahu, kalau tak, dah pergi sekali mancing," kata seorang lagi pengguna @SkullzHaven.

Selain itu, ada juga netizen yang berseloroh bahawa sudah tiba masanya untuk mereka keluar daripada persaraan dan terbabit semula dalam dunia memancing.

Pengguna yang berkongsi berita itu turut memuat naik satu lagi video menunjukkan penganjur sedang mengira dan menyusun wang kemenangan untuk diserahkan kepada remaja terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.136430 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list