CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9183|Reply: 0

[Kedah] Econsave bantu mangsa kebakaran di Tanjung Dawai

[Copy link]
Post time 15-1-2025 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-1-2025 12:17 PM

Econsave bantu mangsa kebakaran di Tanjung Dawai

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
15 Januari 2025 10:49am




Mangsa kebakaran yang ditempatkan di PPS SJKC Choong Cheng Tanjung Dawai, Kedah menerima sumbangan dari Econsave Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.




TANJUNG DAWAI - Seramai 16 keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran pada 5 Januari lalu, mendapat perhatian pasar raya Econsave apabila tampil menghulurkan bantuan buat mangsa yang kebanyakan tinggal sehelai sepinggang.

Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan disalurkan melalui Dana Econsave Prihatin bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).



"Bantuan kepada mereka yang memerlukan disalurkan tanpa mengira bangsa kerana ini juga merupakan CSR dalam memastikan semua masyarakat setempat hidup dalam keadaan baik serta membina masyarakat penyayang," katanya.

Sumbangan diserahkan Pengurus Econsave Bandar Puteri Jaya, Kavikumar Muniandy dan dibantu kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Cheng di sini Jumaat lalu.


Menurut Kavikumar, Econsave mengambil peluang ini dengan memberi sumbangan berupa barangan makanan dan minuman serta lain-lain.

"Kita difahamkan, akibat daripada bencana itu, 14 buah rumah kediaman musnah terbakar termasuk perkakas rumah, pakaian, peralatan elektrik dan semua kelengkapan lain juga tidak dapat diselamatkan manakala dua buah rumah lagi terjejas akibat terputus bekalan elektrik.


"Mereka kini berlindung di PPS akibat kehilangan tempat tinggal, bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan ujian yang menimpa mereka," katanya.





]
Kavikumar (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di PPS SJKC Choong Cheng Tanjung Dawai.



Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, bantuan segera akibat bencana sebanyak RM132,000 telah disalurkan kepada 12 keluarga nelayan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

Setiap keluarga nelayan menerima bantuan sebanyak RM11,000 bagi tujuan mencari rumah sewa setelah rumah mereka musnah terbakar.

Selain itu, Peruntukan Khas Perdana Menteri juga disampaikan sebanyak RM80,000 kepada 16 buah keluarga dengan setiap keluarga menerima RM5,000.

Sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan, Kamil Munim yang turut hadir ke PPS Ahad lalu.


https://www.sinarharian.com.my/article/707253/edisi/utara/econsave-bantu-mangsa-kebakaran-di-tanjung-dawai


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.329252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list