View: 11338|Reply: 3
|
Selalu sakit dan menangis tanpa sebab, Luqman Faiz derita gangguan mistik
[Copy link]
|
|
Dalam diam penyanyi Luqman Faiz menderita penyakit mistik sehingga menyebabkan dia mengalami perubahan pada diri termasuklah sering sakit.
Kata Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25, dia menanggung derita itu selama tiga bulan sebelum mendapatkan bantuan rawatan Islam.
Menurut Luqman, hanya ahli keluarga sahaja mengetahui gangguan dialami itu dan dia enggan berkongsi kepada umum.
"Saya alami demam berulang kali selama tiga bulan, bila pergi berjumpa doktor mereka kata saya demam biasa. Memang pelik rasanya.
"Setiap kali saya nak buat persembahan rasa gemuruh sangat teruk... tak pernah saya rasa seperti itu. Rezeki pun terasa sempit sangat.
"Sepanjang itu juga saya rasa diperhatikan selain tidur kena hempuk di belakang kepala. Saya mudah rasa tertekan, menangis tanpa sebab dan sentiasa rasa keseorangan," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Berkongsi lebih lanjut, Luqman berkata dia mendapatkan rawatan perubatan Islam sejak dua bulan lalu selepas abangnya melihat perubahan dirinya itu.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelaku berkenaan malah memilih untuk memaafkannya.
"Dua bulan lepas saya buat rawatan itu selepas abang saya syorkan pergi dapatkan rawatan, dia kata saya tidak nampak macam diri saya. Saya sebenarnya tak terfikir pun.
"Perawat itu pun ada memberi bayangan siapa pelaku tapi saya lebih selesa untuk simpan sendiri. Lagi pun saya juga sudah tidak berkawan dengan dirinya.
"Rawatan itu berjalan selama 20 hari, saya kena mandi air bacaan selama itu," ujarnya.
Kata Luqman selepas mendapatkan rawatan, dia mula merasakan perubahan dan menjalani kehidupan lebih tenang.
Meskipun kejadian tersebut memberi pengajaran kepada dirinya, dia bagaimanapun memilih untuk melalui kehidupan seperti biasa.
"Alhamdulillah sekarang semakin baik dan tenang... rezeki juga semakin lancar. Semuanya atas izin Allah SWT.
"Saya mahu hidup seperti manusia biasa sahaja, saya percaya semua berlaku atas izin Allah SWT jadi lalui macam biasa tanpa perlu berhati-hati," katanya lagi.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau bukan mentally ill ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Byk nau citer x kena mengena kerjaya mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm tak kenal |
|
|
|
|
|
|
| |
|