CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12333|Reply: 0

PM Sepanyol cadang kenakan cukai 100 peratus hartanah dibeli bukan warga EU

[Copy link]
Post time 15-1-2025 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Perdana Menteru Sepanyol, Pedro Sanchez. - Foto REUTERS

MADRID: Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mencadangkan pelaksanaan cukai sehingga 100 peratus ke atas hartanah yang dibeli oleh bukan warga Kesatuan Eropah (EU) atau bukan pemastautin di Sepanyol.

Xinhua memetik akhbar El País, pada Selasa, melaporkan Perdana Menteri Sepanyol itu bercakap pada forum "Perumahan - Tunggak Kelima Negara Kebajikan", mengingatkan langkah yang dianggap "belum pernah berlaku" itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di Sepanyol.



Cukai ini boleh memberi kesan kepada pembeli dari negara seperti United Kingdom, China, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Syarikat, sekiranya mereka tidak memegang status pemastautin Sepanyol.

Beliau berkata antara matlamat utama langkah ini adalah untuk menghalang warga asing daripada membeli hartanah semata-mata untuk disewakan sebagai penginapan percutian jangka pendek.

"Rancangan ini untuk memastikan rumah yang ada di Sepanyol adalah untuk penduduknya," kata Sanchez, sambil menekankan bahawa sebanyak 27,000 hartanah telah dibeli oleh penduduk bukan EU pada 2023, bukan untuk didiami tetapi untuk mendapatkan keuntungan.

Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak memberikan garis masa untuk melaksanakan cukai ini atau 11 dasar berkaitan perumahan lain yang diumumkan dalam forum berkenaan, dengan menyatakan bahawa semua dasar itu masih dalam "kajian terperinci."

Inisiatif lain yang dicadangkan termasuk insentif cukai untuk perumahan sewa rendah, peningkatan cukai, dan peraturan lebih ketat terhadap pangsapuri pelancongan.

"Tidak adil jika mereka yang memiliki tiga, empat atau lima pangsapuri untuk disewakan jangka pendek membayar cukai yang lebih rendah berbanding hotel," kata Sanchez.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.168381 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list