CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13059|Reply: 0

Pasukan guna tangga untuk masuk kediaman Presiden Yoon

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:48 AM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI polis dan penyiasat berkumpul di pintu masuk kediaman rasmi Presiden Yoon. FOTO Reuters

Seoul: Penyiasat Korea Selatan yang cuba menangkap Presiden Yoon Suk Yeol pada Rabu terpaksa menggunakan tangga untuk memasuki perkarangan kediamannya, selepas pertempuran meletus apabila pengawalnya menghalang pintu utama.

Yoon menentang penahanan sejak pengumuman undang-undang tentera untuk tempoh singkat pada 3 Disember lalu menjerumuskan negara ke dalam krisis politik terburuk dalam beberapa dekad, selepas dia mengarahkan askar menyerbu parlimen dalam percubaan yang tidak berjaya untuk menghalang ahli parlimen daripada mengundi untuk membatalkan tindakannya.

Beliau yang juga bekas pendakwa raya itu, digantung tugas sebagai presiden oleh penggubal undang-undang, akan menjadi presiden pertama dalam sejarah Korea Selatan yang akan ditangkap, jika waran yang diarahkan mahkamah dilaksanakan.

Pada pagi yang penuh drama, sepasukan penyiasat bersama Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) dan pegawai polis cuba memasuki perkarangan kediaman itu tetapi dihalang oleh kakitangan tidak dikenali di pintu masuk, menurut wartawan AFP di lokasi.

Penyiasat kemudian terbabit dalam "pertembungan fizikal" ketika mereka cuba memasuki kediaman secara paksa, lapor Yonhap, tanpa menyatakan dengan siapa.

Ada yang memukul ketika kedua-dua pihak saling menolak antara satu sama lain dalam pertempuran antara penyiasat dan mereka yang mempertahankan kediaman itu, menurut seorang wartawan AFP

Rakaman TV kemudian menunjukkan kira-kira 20 kakitangan yang dipercayai penyiasat menaiki tangga ke dalam kawasan kediaman Yoon.

Foto AFP menunjukkan beberapa pegawai dengan tanda "polis" DAN "CIO" di belakang mereka di dalam perkarangan Yoon.

Sebaik sahaja di dalam, pegawai melepasi "penghalang kedua" dengan mengelilingi bas yang diletakkan untuk menghalang jalan, lapor Yonhap.

Sekurang-kurangnya seorang cedera semasa insiden itu.

Percubaan pertama untuk menangkap Yoon pada 3 Januari lalu gagal selepas kebuntuan selama berjam-jam dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS), yang enggan berganjak apabila penyiasat cuba melaksanakan waran mereka.


Disiarkan pada: Januari 15, 2025



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051898 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list