CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14456|Reply: 5

[Johor] Wang simpanan persaraan RM9.5 juta lesap angkara pelaburan kripto

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:12 AM | Show all posts |Read mode

Seorang bekas jurutera berputih mata apabila wang simpanan persaraan sebanyak RM9.5 juta lesap akibat penipuan mata wang kripto secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan pada kadar tinggi. Gambar hiasan


JOHOR BAHRU - Seorang bekas jurutera berputih mata apabila wang simpanan persaraan sebanyak RM9.5 juta lesap akibat penipuan mata wang kripto secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan pada kadar tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, lelaki tempatan berusia 63 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan kripto dalam laman sosial pada Julai lalu.

"Pelaburan tersebut menjanjikan pulangan tinggi dengan mudah dan dalam masa singkat. Mangsa menekan pautan yang diberikan untuk mendapat maklumat lanjut.

"Mangsa kemudian dimasukkan dalam satu kumpulan Whatsapp sebelum dihubungi dua individu dan diberikan penerangan berkaitan cara-cara melabur dengan keuntungan 50 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Kumar, mangsa yang berminat dengan tawaran terbabit telah memuat turun dan mendaftar akaun pelaburan dalam aplikasi diarahkan bertujuan untuk memantau pelaburan yang dibuat.

"Dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu mangsa membuat 29 transaksi pembayaran dalam 11 akaun bank yang berbeza berjumlah RM9,474,310.

"Mangsa telah menyemak aplikasi dimuat turun dan mendapati pelaburannya telah mencatatkan keuntungan RM88juta," katanya.

Bagaimanapun, apabila mangsa mahu mengeluarkan keseluruhan wang pelaburan tersebut, warga emas terbabit diminta untuk membuat pembayaran berjumlah RM800,000.

"Warga emas itu enggan membuat pembayaran tersebut dan percaya telah ditipu setelah kedua-dua individu yang mangsa berurusan sebelum ini gagal dihubungi.

"Mangsa seterusnya membuat laporan polis hari ini dengan kerugian dialami RM9,474,310," katanya.

Menurut Kumar, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diminta tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam media sosial dan secara dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dengan mudah dan dalam masa singkat.

"Orang ramai disaran membuat semakan dengan agensi berkaitan seperti polis, Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan kepastian dan maklumat lanjut berkenaan pelaburan yang ditawarkan," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 09:17 AM | Show all posts
Adehhhhhh

9.5 juta tu dah kaya sangat dah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:18 AM | Show all posts
Usia 63 tahun nak apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:19 AM | Show all posts
Kalau saya ada 9.5 juta, usia 63 tahun, saya g healing tempat² yang saya masih belum sampai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:20 AM | Show all posts
Menghabiskan sisa² usia dengan menikmati keindahan alam milik Allah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:20 AM | Show all posts
Sebab itulah kita perlu sentiasa bersyukur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 1.984922 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list