CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16107|Reply: 0

Cubaan tahan bekas Presiden Korea Selatan gagal

[Copy link]
Post time 15-1-2025 08:06 AM | Show all posts |Read mode

Orang ramai berkumpul di hadapan kediaman Presiden Korea Selatan ketika pihak berkuasa berusaha menahan bekas Presiden itu.- Foto AFP

SEOUL: Pasukan penyiasat Korea Selatan sekali lagi cuba menahan Presiden Yoon Suk Yeol yang telah dipecat berhubung cubaan rampasan kuasa melalui pengisytiharan yang gagal.

Namun, pasukan penyiasat berhadapan pertempuran selepas dihalang oleh pasukan pengawal Suk Yeol.

Bekas Presiden itu beberapa mengelak ditahan sejak rampasan kuasa singkat pada 3 Disember lalu yang mencetuskan krisis politik terburuk negara itu dalam beberapa dekad, selepas beliau mengarahkan tentera menyerbu parlimen bagi menghalang undian untuk membatalkan tindakannya.

Bekas pendakwa raya yang dilantik presiden itu, yang kini digantung tugas oleh parlimen, bakal menjadi presiden pertama dalam sejarah Korea Selatan yang ditahan semasa memegang jawatan jika waran yang diperintahkan mahkamah dilaksanakan.

"Pelaksanaan waran penahanan presiden sudah bermula," kata Pemangku Presiden Choi Sang-mok dalam satu kenyataan.

"Situasi ini adalah detik penting untuk mengekalkan ketertiban dan kedaulatan undang-undang di Korea Selatan."

Pagi ini, satu pasukan penyiasat gabungan daripada Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) dan anggota polis cuba memasuki kawasan kediaman presiden tetapi dihalang oleh individu tidak dikenali di pintu masuk, menurut wartawan AFP di lokasi.

Penyiasat kemudian terbabit dalam "pertempuran fizikal" ketika cuba memasuki kawasan kediaman , lapor Yonhap tanpa memperincikan pihak yang terbabit.

Kekecohan menyaksikan kedua-dua pihak bertumbuk antara satu sama lain malah kedua-dua pihak saling tolak menolak antara satu sama lain, menurut saksi AFP.

Sekurang-kurangnya seorang individu cedera selepas rebah semasa pertembungan dan dibawa keluar oleh pihak bomba.

Peguam Suk Yeol dilihat berada di hadapan kediaman itu membantah pelaksanaan waran penahanan itu, sementara sebuah van polis berwarna putih dilihat cuba memasuki kawasan itu namun tidak berjaya.

Sang-mok, yang bertindak sebagai pemangku presiden menggantikan Suk Yeol yang digantung tugas, memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang mencetuskan kekacauan akan dikenakan tindakan tegas.

"Jika terdapat pelanggaran serius yang membawa kepada insiden tidak diingini, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sebagai pemangku presiden," katanya.

Cubaan pertama untuk menahan Suk Yeol pada 3 Januari lalu gagal selepas kebuntuan berjam-jam dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS) yang enggan berundur ketika penyiasat cuba melaksanakan waran mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.856244 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list