CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17098|Reply: 0

Diperkosa 64 lelaki dalam tempoh lima tahun

[Copy link]
Post time 15-1-2025 07:34 AM | Show all posts |Read mode

India dikejutkan lagi dengan insiden serangan seksual ke atas seorang gadis apabila mangsa mendakwa dia diperkosa 64 lelaki sejak lima tahun lalu.


THIRUVANANTHAPURAM - India dikejutkan lagi dengan insiden serangan seksual ke atas seorang gadis.

Mangsa berusia 18 tahun berasal daripada kasta Dalit di negeri selatan Kerala mendakwa dia diperkosa 64 lelaki sejak lima tahun lalu.

Setakat ini, seramai 28 individu yang mempunyai kaitan dengan kes menggemparkan itu telah diberkas pihak berkuasa.

Menurut polis, pelaku berusia antara 17 dan 47 tahun adalah termasuk jiran, jurulatih sukan dan rakan bapanya.

“Dia telah dirogol beramai-ramai sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun lalu,” ujar jurucakap polis.

Kasta paling rendah, Dalit sering menjadi sasaran pemuas nafsu di negara Asia Selatan tersebut.
Mangsa tampil mendedahkan kejadian itu selepas dikunjungi pasukan kaunselor di bawah skim kerajaan pada bulan lalu.

Pihak berkuasa telah merekodkan sebanyak 18 kes pelbagai jenayah dan Akta Kasta dan Suku Terjadual (Pencegahan Kekejaman) yang merupakan undang-undang untuk mencegah jenayah terhadap golongan kasta dan suku bawahan di India.

Dalit merupakan suku paling bawah dalam hierarki kasta Hindu dan komuniti tersebut sering berdepan diskriminasi secara meluas meskipun wujud undang-undang untuk melindungi mereka.

“Kes yang menimpa gadis itu turut didaftarkan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual memandangkan dia masih di bawah umur ketika detik hitam tersebut berlaku,” kata pegawai kanan, Nandakumar S.

Lebih banyak kes akan didaftarkan kerana ia masih disiasat susulan penubuhan pasukan terdiri daripada 25 anggota.

“Serangan seksual pertama kali berlaku ketika mangsa berusia 13 tahun. Jiran gadis itu bertindak mencabulnya dan mengambil gambar tidak senonoh.

“Pelaku sekali lagi melampiaskan nafsu serakah ketika dia berumur 16 tahun malah mengambil video dan menyebarkannya kepada beberapa individu lain yang kemudiannya melakukan serangan seksual serupa dan ia berlarutan selama beberapa tahun,” lapor portal News Minute sambil menambah mangsa dihubungi menerusi telefon bimbit milik bapanya yang juga seorang pemabuk.

Banyak kes tak dilaporkan

Sementara itu, seorang peguam yang mengetuai Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak (CWC) memberitahu, gadis tersebut merupakan seorang atlet dan sering menyertai kem sukan yang menyebabkan dia terdedah kepada serangan seksual yang turut dilakukan rakannya.

“Dia telah diberikan kaunseling sebelum berani membuka mulut tentang kejadian mengerikan itu. Gadis itu kini ditempatkan di sebuah perlindungan demi menjaga keselamatannya,” jelas CWC dalam satu kenyataan.

Pada 2022, India merekodkan hampir 39,00 kes pemerkosaan kanak-kanak dan jumlah sebenar dipercayai jauh lebih tinggi kerana banyak kes tidak dilaporkan kerana terpaksa keluarga mangsa berdepan ugutan, dinamika kasta dan sistem kehakiman yang korup.

Hanya tiga peratus kes yang direkodkan berakhir dengan sabitan pada tahun sama.

Sebelum ini, kumpulan hak asasi manusia mendokumentasikan bagaimana lelaki kasta tinggi menggunakan keganasan seksual ke atas Dalit tanpa rasa takut akan hukuman kerana 'kuasa' dimiliki mereka.

Laporan pada 2020 mendapati pihak berkuasa yang 'didominasi' anggota kasta tinggi tidak menghiraukan kes jenayah ke atas wanita Dalit.

Selain itu, mahkamah di kawasan pedalaman sering berat sebelah dan mengendalikan kes pemerkosaan secara sambil lewa malah keluarga mangsa diugut, dipulaukan dan dipaksa supaya menarik balik kes. - Agensi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.196727 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list