CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32880|Reply: 0

16 tahun hidup dengan bapa 'scam'

[Copy link]
Post time 14-1-2025 10:07 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Beijing: Seorang lelaki di China terkejut apabila mendapati 'ayah kandung' yang hidup dengannya selama 16 tahun selepas ditemui semula adalah bapa palsu.

Bahkan, warga emas itu dipercayai menipu identiti sebenarnya, lapor South China Morning Post (SCMP).

Wang Gang, 41, yang tidak pernah bertemu ibu bapa kandungnya, membesar dalam tujuh keluarga angkat dan mula menyara diri sendiri pada usia 13 tahun.

Pada 2008, ketika berumur 25 tahun, Wang memutuskan untuk mencari keluarga kandung dan berjaya menjejaki keluarga angkat di wilayah Shandong, timur China, yang memperkenalkan seorang bapa angkat lain bernama Hou

Ketika itu Hou memberitahu Wang yang dia sebenarnya anak luar nikahnya, malah mengumumkan perkara berkenaan di hadapan sekumpulan wartawan sambil menunjukkan sekeping gambar Wang ketika berusia tiga tahun.

Mereka bersatu kembali dalam pertemuan yang menggembirakan, namun Hou selalu mengelak apabila diajak menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di hospital dengan pelbagai alasan, termasuk sukar untuk ke bandar lain bagi melakukan ujian itu.

Sehinggalah semuanya terbongkar pada Disember lalu, apabila Wang membawa Hou ke hospital untuk pemeriksaan DNA buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun.

Keputusan ujian itu mengejutkannya apabila terbukti Hou bukanlah bapa kandungnya.

Sebelum ini katanya, dia menelan semua keraguan berkenaan identiti Hou memandangkan mereka berdua berdarah B dan enggan merosakkan kebahagiaan pertemuan semula mereka.

Wang berkata, dia sangat keliru dan tidak faham mengapa Hou perlu menipu, malah hubungan 16 tahun mereka berlangsung dalam keadaan harmoni.

Wang yang menetap di Henan, tengah China akan melawat Hou dari semasa ke semasa dan Hou tidak pernah meminta wang, sebaliknya akan memberi duit pada anaknya setiap kali Tahun Baru Cina.

Apabila Wang bertanya kepada Hou sebab dia perlu berpura-pura menjadi ayah kandungnya, Hou pada mulanya memutuskan panggilan telefon, tetapi selepas mereka bersua muka, dia memberitahu berbuat demikian kerana menyangka Wang 'miskin tanpa ibu bapa'.

Tidak percaya dengan alasan Hou, Wang merancang untuk meminta polis menyiasat Hou sekiranya lelaki itu sebenarnya terbabit pemerdagangan manusia.

Katanya, dia mengesyaki Hou mungkin berpura-pura menjadi bapa kandungnya untuk menghalang dia daripada menjejaki kegiatan pemerdagangan manusia.

Lelaki itu juga berhasrat memulakan semula pencarian keluarga kandungnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China menggandakan usaha mengekang pemerdagangan manusia dan membantu keluarga bersatu kembali dengan ahli keluarga yang hilang serta dilarikan.

Ramai ibu bapa yang mencari anak mereka yang hilang selama berdekad seperti Sun Haiyang dan Guo Gangtang berjaya disatukan kembali pada 2021.

Tahun itu juga menyaksikan pelancaran kempen bersatu semula oleh polis, khusus untuk mencari kanak-kanak yang hilang dan diculik.


Disiarkan pada: Januari 14, 2025



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.479268 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list