CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17315|Reply: 0

Syarikat utiliti berdepan pelbagai saman susulan kebakaran di California

[Copy link]
Post time 14-1-2025 05:19 PM | Show all posts |Read mode

KEMUSNAHAN yang berlaku di Los Angeles. FOTO AFP

Los Angeles: Southern California Edison (SCE), syarikat utiliti utama di selatan California kini berdepan tekanan undang-undang berikutan dakwaan kecuaiannya mencetuskan Kebakaran Eaton pada 7 Jan berhampiran Los Angeles, lapor Xinhua.

Setakat Isnin, Kebakaran Eaton iaitu satu daripada empat kebakaran hutan yang masih marak di Los Angeles telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa, memusnahkan lebih 7,000 struktur dan membakar lebih 57 kilometer persegi kawasan, menjadikannya antara kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah California.

Sekurang-kurangnya empat saman difailkan pada Isnin di Mahkamah Tinggi Los Angeles, menuduh SCE gagal mengambil langkah pencegahan walaupun amaran "Particularly Dangerous Situation (PDS)" dan "Red Flag" dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Amerika Syarikat.

SCE turut didakwa mengabaikan tanggungjawab untuk membersihkan belukar berhampiran talian elektriknya seperti yang ditetapkan oleh peraturan negeri.
Peguam plaintif mendakwa terdapat bukti kukuh yang mengaitkan peralatan SCE dengan kebakaran itu.

"Kami percaya Kebakaran Eaton tercetus kerana SCE gagal nyahaktif kabelnya yang melintasi Eaton Canyon, meskipun amaran angin "Red Flag PDS" dikeluarkan oleh NWS sehari sebelum kebakaran berlaku," kata peguam Richard Bridgford yang mewakili seorang daripada pemilik rumah.

Saman itu memetik rakaman video dan keterangan saksi yang didakwa menunjukkan kebakaran bermula di kawasan menara transmisi SCE di Eaton Canyon.

Penyiasat kini memberi tumpuan kepada menara terbabit sebagai kemungkinan punca kebakaran.

Bagaimanapun, SCE menafikan bertanggungjawab dan menyatakan bahawa punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam laporan kepada Suruhanjaya Utiliti Awam California, syarikat itu memaklumkan bahawa analisis awal mereka tidak menunjukkan sebarang gangguan atau anomali pada litar elektrik sebelum waktu kebakaran dilaporkan bermula.

"Perasaan kami bersama komuniti yang terjejas akibat kebakaran dahsyat di selatan California dan kami kekal komited untuk menyokong mereka melalui waktu sukar ini," kata jurucakap SCE Gabriela Ornelas.

Saman berkenaan menuntut ganti rugi pampasan dan punitif bagi pemilik rumah, penyewa dan pemilik perniagaan.

Peguam Patrick McNicholas yang mewakili beberapa plaintif menegaskan bahawa tindakan undang-undang ini bertujuan menuntut keadilan bagi mereka yang kehilangan rumah, mata pencarian dan orang tersayang akibat kebakaran itu.


Disiarkan pada: Januari 14, 2025



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list