CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4321|Reply: 0

[Johor] Lebih 2,000 mangsa banjir di Johor

[Copy link]
Post time 14-1-2025 03:21 PM | Show all posts |Read mode

FOTO NSTP

Johor Bahru: Johor masih mencatatkan mangsa banjir tinggi dengan 2,498 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah terjejas, setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, semua mangsa daripada 732 keluarga itu dari Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Johor Bahru.

Beliau berkata, Kota Tinggi paling teruk terjejas dengan 1,172 penduduk (352 keluarga) di 14 PPS, diikuti Pontian dengan 739 mangsa (203 keluarga) di 10 PPS.

Katanya, terdapat 534 mangsa daripada 161 keluarga di lima PPS Kluang dan Johor Bahru ada 53 mangsa (16 keluarga).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir dan hujan berterusan di mana-mana daerah di negeri ini.

Sungai Kahang yang juga sub lembangan Sungai Endau di Kluang mencatatkan paras bahaya iaitu 14.73 meter (m). Setakat 8 pagi ini, Segamat, Kluang dan Batu Pahat dilaporkan hujan, manakala Pontian, Kota Tinggi, Tangkak dan Kulai dilaporkan mendung.

Johor Bahru, Muar dan Mersing pula dilaporkan cerah.


Disiarkan pada: Januari 14, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 2.292081 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list