View: 5373|Reply: 17
|
Puteri Aishah dah tak utamakan jaga bentuk badan, yang penting susu cukup untuk anak
[Copy link]
|
|
Agak lama menyepikan diri sejak melahirkan cahaya mata setahun lalu, pelakon Puteri Aishah kembali mencuri perhatian apabila ramai kagum dengan penampilannya yang persis anak dara.
Rendah diri dengan tanggapan masyarakat, Puteri Aishah, 31, berkata, dia juga tidak terkecuali mengalami perubahan fizikal selepas melahirkan cahaya mata.
Perubahan itu juga katanya adalah bersifat sementara dan yakin setiap wanita mampu mengembalikan bentuk tubuh mereka jika dijaga dengan baik.
"Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru.
"Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi, nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay?
"Sekarang ini kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus. Hehe! Anak-anak dan suami pun akan suka peluk, best apa?," katanya.
Puteri Aishah berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan diajukan pengikut media sosial di ruangan Instastory miliknya.
Menerusi perkongsian itu, ramai bertanya kepada Puteri Aishah bagaimana dia mampu mengekalkan bentuk tubuh menawan selepas melahirkan anak pertama.
Kongsi Puteri Aishah, bentuk tubuh dimilikinya bukan ukuran terbaik pernah dimilikinya sebelum ini.
Tambah pula, aktres berkenaan kini masih lagi menyusu badan kepada anak lelakinya iaitu Muhammad Faliq.
"Sejujurnya, ini bukan bentuk badan saya yang terbaik. Saya sedang menyusukan anak, tak jaga sangat diet tetapi saya makan secara sederhana.
"Saya makan untuk susu banyak, bila susu banyak Faliq (anak) pun kenyang dan gembira. Bila dia gembira, mommy pun gembira juga," ujarnya.
Untuk rekod, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April tahun lalu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lawanya...teringt pulak masa couple dgn abg long tu. nasib tk bejodohan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain pulak nmpk lakinya
Anak dia bambam betul..mesti cerdik..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Pinggang dia strict, takde shape.bila pkai baju tight nmpk pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
*straight
Strict tu untuk sifat orang, atau peraturan.
Hihihi, sama2 kita belajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 13-1-2025 09:28 PM
*straight
Strict tu untuk sifat orang, atau peraturan.
Tq yang
Nah munger
Guna automatic keyboard terus click je
|
|
|
|
|
|
|
|
kau nak komplen pinggang org, ejaan pun tak betul. Sedih haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana lakinya yg dulu ramai puji hensem mcm model?
Bambam mokmok anak dia. Sihat betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 13-1-2025 09:57 PM
kau nak komplen pinggang org, ejaan pun tak betul. Sedih haha
Apasal your waist pun STRICT ke sebab tu terasa? Sebab badan I cantik le I berani nak komplen. Sedih dapat Betina mcm you ni hahaha... Peminat fanataik rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu yang baik
Jangan risau badan ni bila2 masa boleh naik turun.
Yang penting utamakan keperluan anak dulu
Jangan terikut2 ngn artis yg sanggup makan nasi 2 sudu tau2 susu makin kering.
Betul dia cakap anak happy mummy pun happy..
Artis wanita bila dh kahwin utamakan lah keluarga dulu toksah la duk kalut baru sebulan beranak dh sibuk nak masuk shooting nk tunjuk terpaling pelakon.
Aku suka pelakon2 yg bila dh kahwin tau apa dorang punya keutamaan nnt anak2 dh besar baru start berlakon balik tu pun sambil2 je takde la pulun sepanjang tahun sampai org igt laki dia bewak. |
|
|
|
|
|
|
|
comelnye anak dia,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dah kawin ke. Siap dah ada anak lagi. Tahniah. |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka tengok sheols dari datin popeye. Sheols tak nampak beria. Harap datin popeye boleh tiru |
|
|
|
|
|
|
|
Dia memang lawaa.. Suka tengok since viral gambar dia jadi cikgu ganti dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brunesss at 14-1-2025 10:56 AM
datin popeye kan hubby dia have2. sebab tu mcm kera dapat bunga. kalau puteri aishah ni im not sure kalau hubby dia dalam golongan keluarga yg have2 atau tak, pasal tak pernah rasa dia mcm show off or sakai. tahniah puteri aishah kerana tidak annoying dari segi tingkah laku dan pertuturan mcm tin popeye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki & baby sama naik bam-bam. Comel la baby dia, mcm nak tokak |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 14-1-2025 12:27 AM
Mana lakinya yg dulu ramai puji hensem mcm model?
Bambam mokmok anak dia. Sihat betul.
ye. saya salah seorang yg puji lakinya. tapi tu lah tak sesuai lak dgn si put ni. tapi dah jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya tgk baby tu. Sedap peluk2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|