CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28433|Reply: 0

Sebelum kahwin dah duduk sama- lepas nikah jadi bosan, hari-hari gaduh

[Copy link]
Post time 12-1-2025 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Dalam zaman serba moden ketika ini, tidak dinafikan ramai antara kita yang tersasar dan terikut-ikut dengan budaya dari Barat.

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila ada yang lebih terbuka dalam soal halal haram, termasuklah bersekedudukan sebelum sah bernikah.

Menerusi satu muat naik di laman sosial, seorang pelayar berkongsi kisah hidupnya yang bergelumang dengan dosa dan akhirnya terdetik untuk berubah.

"Saya baru berkahwin enam bulan. Kami kenal nak masuk empat tahun dah. Tujuh bulan sebelum kahwin, kami dah tinggal sekali sampailah kahwin.

"Masa tu saya tak takut dosa pun, yang saya tahu, saya nak enjoy je," tulisnya.



Bagaimanapun pelayar yang tidak mendedahkan identiti diri itu menambah, segala-galanya berubah selepas dia dan pasangannya mendirikan rumah tangga.

"Selepas kahwin, saya rasa bosan dan rimas apabila dengan husband.

"Hari-hari kami gaduh. Suami pun layan saya ni macam kawan je, lain sangat dengan sebelum kahwin," luahnya.

Ujar pelayar tersebut, apa yang berlaku dalam perkahwinannya membuatkan dia terfikir ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan dosa silam.

Tidak mahu terus dihantui dosa, pelayar tersebut perlahan-lahan cuba untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.

"Saya ada niat nak berubah, tapi takut Allah tak terima kebaikan yang saya buat. Saya cuba ajak suami solat sekali, tapi dia tak nak.

"Dia cakap... buat apa solat? Akhirnya masuk neraka juga. Saya memang terasa sangat apa yang dia cakap tu sampai tak bertegur dengan dia.

"Saya nak berubah tapi tak tahu nak mula daripada mana. Bolehkah orang yang banyak buat dosa, diterima Allah? Saya malu sangat, nak berdoa minta yang baik-baik dekat Allah pun saya malu," kongsinya lagi.

Perkongsian pelayar berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya memberikan kata semangat dan galakan untuknya berubah menjadi insan yang lebih baik.

Malah netizen turut berpendapat bahawa pelayar berkenaan sememangnya beruntung kerana diberi kesempatan untuk menyedari dosa dan bertaubat memohon keampunan-Nya.

"Dah kahwin memanglah. Masa belum kahwin, yang jadi syoknya sebab iblis yang maniskan hubungan kalian. Lepas dah kahwin, hubungan yang dah halal dia pahitkan balik.

"Mulalah dengan solat. Kalau rasa malas, paksa juga. Dalam syurga tu penuh dengan pendosa yang bertaubat. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun.

"Peduli mana-mana netizen atau husband yang cakap bukan-bukan. Janji hati kita nak berubah. Tuhan akan terima taubat hamba-Nya," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058536 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list