CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30843|Reply: 0

Wanita naik angin perempuan sepejabat suami suka jamu laki orang

[Copy link]
Post time 11-1-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki, setiap individu sewajarnya menjaga batas pergaulan di tempat kerja.

Namun mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak menyedari bahawa sesetengah tindakan berupaya menimbulkan fitnah sehingga boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga pihak lain.

Dalam satu perkongsian di media sosial, seorang pelayar meluahkan rasa geram gara-gara suaminya kerap dipelawa menjamah makanan yang dimasak rakan wanita ditempat kerja.



Tidak menyenangi perkara tersebut, pengadu berkata wanita itu sewajarnya mempunyai common sense lebih-lebih apabila melibatkan lelaki berstatus suami orang.

"Saya sudah pun mengingatkan suami mengenai perkara ini. Dan kepada mana-mana wanita yang bekerja di tempat sama suami saya bekerja, jangan pelawa dia jamah makanan yang anda masak.

"Pelawa lelaki-lelaki lain jamah masakan anda," tulisnya.

Tambah pelayar tersebut, 'amaran' sedemikian terpaksa disuarakan memandangkan wanita di tempat kerja suaminya 'terlebih baik' dan dikhuatiri mempunyai niat lain di sebaliknya.

"Tak kisah jika makan-makan untuk potluck. Yang ini lain sikit, personally masak khas untuk suami saya... seram.

"Tak waras kan? Gila kot. Gila impression laki orang," tulisnya lagi.

Bagaimanapun pelayar tersebut tidak mendedahkan status perkahwinan rakan sekerja suaminya itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong pelayar berkenaan, malah mereka turut memberikan pandangan serta nasihat untuk mengelakkan situasi menjadi lebih lebih buruk.

"Bagus awak warning macam ni. Dulu ada kawan ni tak tahu kenapa rasa panas je dengan suami sendiri, check balik rupanya ada ibu tunggal satu kilang masak dan bagi suami dia makan dekat pantry. Jenuh berubat nak bagi hilang.

"Sesuatu sangat kalau masak nak bagi suami orang. Kenapa eh perempuan-perempuan macam ni tak tahu boundaries? Saya yang dah kahwin pun nak cakap dengan rakan sekerja lelaki pun hati-hati tau takut jatuh fitnah.

"Kalau tiba-tiba laki aku je yang dapat makanan tu bungkus elok, macam fishy betul. Memang wajarlah isteri marah.

"Kalau offer semua makan okay je, ini tiba-tiba kau masak kau bagi orang tu je," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.806801 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list