CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19587|Reply: 1

[Pulau Pinang] PM rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-1-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode
PM rasmi majlis pecah tanah pembinaan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang

Oleh BERNAMA - Januari 11, 2025 @ 10:31am



Persiapan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan LRT Laluan Mutiara sedang giat dijalankan ketika tinjauan di Tapak Projek Bandar Sri Pinang semalam. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan projek tersebut hari ini. - foto BERNAMA




GEORGETOWN: Pulau Pinang hari ini bakal menyaksikan satu lagi fasa penting dalam rangkaian mod pengangkutan negeri dengan perasmian pecah tanah projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis perasmian itu akan berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang di sini pada 11 pagi ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Projek LRT itu melibatkan jajaran bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar, seterusnya menyeberang ke Penang Sentral, di Seberang Perai.

Pada Mac 2024, kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dan keputusan itu dicapai susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan.



Kerajaan melantik MRT Corp iaitu syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai pemaju dan pemilik aset dengan pelaksanaan projek dibuat secara tender terbuka.

Sebelum ini, Chow menyifatkan pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara sebagai langkah permulaan dalam menyediakan rangkaian mod pengangkutan lebih efisien kepada penduduk negeri itu sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang disebabkan peningkatan penggunaan kenderaan persendirian.

Selain itu, Perdana Menteri juga dijadual melawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam sebelum merasmikan bangunan blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital pada 2.45 petang ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara dengan menghadiri Program Muhibbah MADANI anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam. – BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1347712/pm-rasmi-majlis-pecah-tanah-pembinaan-lrt-laluan-mutiara-pulau





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2025 01:00 PM | Show all posts

Anwar tiba di Bandar Sri Pinang untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara pada Sabtu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071394 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list