CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23482|Reply: 2

Kawanku menantuku! Dah lama berkenan, tak sangka ‘kenen’ rakan sekerja dengan anak menjadi

[Copy link]
Post time 9-1-2025 10:39 PM | Show all posts |Read mode







SIAPA sangka, bermula dari gurauan akhirnya membawa kepada satu hubungan yang penuh bermakna.


Begitulah kisah unik dua rakan sekerja yang bakal bertukar menjadi menantu dan ibu mentua.


Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok dengan kapsyen ringkas 'Kawanku menantuku' ternyata mengundang perhatian warga maya yang turut teruja dengan kisah mereka.


Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Abidawati berkata, hubungannya dengan bakal menantu pada mulanya sekadar rakan sekerja sambil mengakui perwatakan gadis tersebut disenanginya.


  



"Saya dan anak lelaki, Adzryzal, kerja di restoran makanan segera tu dulu iaitu pada 2019. Setahun kemudian, pada 2020, baru bakal menantu yang saya panggil Bella, mula bekerja di situ.


"Saya kru, Bella pula barista. Ia bermula dari gurau senda 'nak jadi menantu aku tak?' sambil gelak-gelak. Sebab saya sangat berkenan dengan perwatakan dia.


"Hampir setiap hari saya cakap macam tu dekat dia. Lama-lama anak saya pun jatuh hati dengan Bella. Mungkin sebab saya selalu menyakat, selalu bercerita pasal kebaikan Bella... anak saya mula berkawan dengannya," katanya yang menetap di Kapar, Selangor.


Ibu kepada empat orang cahaya mata itu mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mengetahui kedua-dua anaknya dan rakan sekerja menjalinkan hubungan cinta selepas setahun perkenalan.


"Biasalah, kawan-kawan lain dekat tempat kerja memang kaki sakat. Hubungan kami di tempat kerja seperti biasa. Mula-mula dia panggil akak... dekat-dekat bertunang gelaran bertukar kepada 'umi'.


"Tak sangka, rumah kami dekat-dekat je sebenarnya. Kadang-kadang kalau satu syif, kami pergi dan balik kerja sama-sama.


"erjalanannya tak sampai lima minit pun. Masa datang rombongan meminang hari tu pun tak sempat berpeluh, tahu-tahu dah sampai," kongsinya.


Bercerita tentang perwatakan Bella, wanita ini berkata, bakal menantu sulungnya itu begitu lemah lembut, menghormati orang tua dan sentiasa menjaga batas pergaulan.


"Saya rasa saya dan dia 'sekepala'. Tak perlu bercakap, hanya guna mimik muka saja dah boleh faham.


"Lagi satu, sebab dia barista, dia buat air sedap sangat. Dia tahu je cita rasa saya yang tak suka manis sangat," katanya lagi sambil menambah, majlis pernikahan dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.


Menurut Abidawati, ketika ini ketiga-tiganya sudah tidak lagi bekerja di restoran berkenaan, namun kenangan di situ tidak akan dilupakan sehingga bila-bila.


Untuk rekod, video TikTok yang dikongsikannya sehingga kini meraih melebihi 179,000 jumlah tontonan.


Sumber : Mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah utk semua...semoga kekal hingga hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ni agak2 da kwen sok2 habis la laki dia sebab mak tagteam dgan best friend omak si menantu ni..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058836 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list