TANGKAP layar daripada video menunjukkan pintu dan tingkap rumah itu, ditinggalkan.
Paris: Tanggalkan pintu dan tingkap rumah. Itu taktik digunakan seorang pemilik rumah di utara Perancis bagi mengusir penyewanya pada musim sejuk, baru-baru ini.
Pemilik rumah di Pas-de-Calais, mengarahkan pekerja menanggalkan pintu dan tingkap rumahnya pada 20 Disember lalu dengan alasan mahu mengganti baharu.
Pemilik rumah itu ketika dihubungi media Perancis mengakui dia menanggalkan pintu dan tingkap rumahnya kerana penyewa gagal membayar sewanya.
"Mereka tidak menginsuranskan rumah itu, malah, kami bersetuju bersama dia akan membayar.
"Dia berhutang dengan saya sewa selama lima bulan," kata pemilik itu kepada France Info.
Seperti kebanyakan negara Eropah, Perancis juga termasuk dalam menyalahi undang-undang untuk mengusir penyewa pada musim sejuk.
Penyewa yang juga ibu kepada seorang anak, memberitahu TF1 Info, dia cuba menghubungi pemilik rumah selepas kejadian itu, namun mereka tidak dapat dihubungi.
Katanya, dia terpaksa menutup tingkap dan pintu dengan menggunakan kadbod.
"Saya sangat takut meninggalkan rumah ini sekarang, jadi saya menghabiskan masa di rumah," katanya.
Sementara itu, Persatuan Pemilik Rumah Perancis memberitahu pemberita, mereka memahami motif pemilik rumah itu.
Katanya, taktik yang digunakan untuk memaksa penyewa meninggalkan hartanah itu adalah menyalahi undang-undang.
Dilaporkan, penyewa itu memfailkan aduan kerana pecah amanah dan sedang mencari perumahan sosial.
|