CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7417|Reply: 8

Atuk gila harta! Minta duit KWSP dan Perkeso arwah bapa sebelum setuju nikahkan cucu perempuan

[Copy link]
Post time 7-1-2025 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Pernikahan adalah momen indah yang paling ditunggu-tungu oleh setiap pasangan.

Namun, dalam menantikan saat bahagia untuk disatukan dengan insan tersayang, ada kalanya ia berdepan dengan cabaran yang besar, antaranya tidak mendapat kerjasama daripada wali.

Sebagaimana luahan seorang ibu di laman sosial, dia berkongsi kesulitan yang dihadapi anak perempuannya untuk bernikah gara-gara datuk yang sepatutnya menjadi wali mencetuskan 'drama' dan memberi syarat sebelum memikul amanah tersebut.



"Anak perempuan saya nak menikah tapi bapa kandung dia dah meninggal dunia tahun lepas. Nak dipendekkan cerita, wali jatuh kepada datuk iaitu bapa kepada bapa kandungnya.

"Sekarang yang menjadi isu, datuknya setuju nak buat wakalah wali tapi bersyarat.

"Datuknya minta duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso arwah bapa kandungnya... barulah datuknya buat wakalah wali," luah pelayar tersebut dalam satu laman grup Facebook.

Menurut pelayar tersebut, tindakan bapa kepada arwah suaminya itu benar-benar keterlaluan memandangkan urusan pembahagian harta sudah dilaksanakan mengikut hukum faraid.

"Anak-anak saya uruskan sendiri tanpa diberi kerjasama daripada pihak keluarga mentua saya termasuk nak dapatkan surat mati.

"Untuk pengetahuan, arwah suami saya meninggal di Sarawak sebab arwah orang sana. Dan anak-anak berada di semenanjung.

"Anak saya dah cuba berbincang dengan cara baik dan merayu tapi mereka tetap nak duit walaupun itu hak anak-anak saya.

"Datuk mereka cakap transfer duit dulu baru dapat wakalah wali, sedangkan anak-anak saya langsung tak menuntut segala harta arwah bapa mereka di sana," luahnya lagi.

Disebabkan 'drama' daripada keluarga mentuanya itu, anak perempuannya mengalami tekanan apatah lagi majlis pernikahan yang dirancang dijadualkan berlangsung pada hujung Februari nanti.

"Anak saya menjadi tertekan sebab tarikh majlis dah dekat dan semua dah dibayar.

"Boleh ke anak saya proceed untuk wali enggan, berapa lama prosedur untuk wali enggan, walaupun anak saya ada adik lelaki seibu sebapa. Dan apa cara lagi untuk permudahkan urusan anak saya?" luahnya meminta pandangan warga maya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan agar pelayar tersebut dan anak perempuannya tidak menuruti kemahuan keluarga arwah, sebaliknya meminta pandangan daripada pejabat agama.

"Dunia akhir zaman dah nampak sangat, dunia diutamakan. Untuk lebih jelas, rujuk dengan pejabat agama.

"Wali hakim saja. Jarak pun terlalu jauh juga dah melebihi marhalah. Boleh dapat excuse.

"Hanya kerana harta dan wang ringgit, ada sampai bermusuh. Tak ada sesiapa yang boleh gunakan hak sebagai wali untuk peras ugut bab harta. Islam tak pernah ajar macam tu," demikian antara komen netizen.

Sebagai maklumat tambahan, memetik info daripada portal Mufti Wilayah, wali yang enggan untuk mengahwinkan warisnya tanpa ada alasan yang dibenarkan syarak biarpun selepas mendapat perintah mahkamah, maka wali hakim boleh menjadi wali kepada perempuan tersebut.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak tu ada hak dalam KWSP. So dah bagi ke belum bahagian dia? Bagi jelah kalau dia minta. Biasanya atok nenek ni tak ambik pun. Tapi kalau dia nak bagi jela.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknyo pon x bijak. Masalah mcm ni refer kat netijen nak buat hape. Pegi la pejabat agama. Up kat medsos nanti nampak islam ni buruk pulak, kawen pon susah. Ish ish ish….
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
naina: Bapak tu ada hak dalam KWSP. S ...


Dalam kwsp tu pun sbnrnye ada caruman dari majikan, majikan dia tak suruh tuntut sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:30 AM | Show all posts
naina replied at 7-1-2025 08:28 PM
Bapak tu ada hak dalam KWSP. So dah bagi ke belum bahagian dia? Bagi jelah kalau dia minta. Biasanya ...
memandangkan urusan pembahagian harta sudah dilaksanakan mengikut hukum faraid.
sedangkan anak-anak saya langsung tak menuntut segala harta arwah bapa mereka di sana
so atuknya memang tamak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 8-1-2025 12:30 AM
so atuknya memang tamak...

Kenapa lah tak menuntut hak anak2. KWSP ni bukan ke kena turun padang untuk urus. Mana boleh sedang2 semua atok dapat lepastu anak2 arwah tak dapat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 04:48 PM | Show all posts
naina replied at 8-1-2025 01:30 PM
Kenapa lah tak menuntut hak anak2. KWSP ni bukan ke kena turun padang untuk urus. Mana boleh sedan ...

mengikut pemahaman aku based on artikel ni, pembahagian dah dibuat (tapi harta disana tak diminta) tapi atuk dia mintak bahagian yang si balu dan anak2 dapat, baru dia nak jadi wali...  kiranya atuk dia nak songlap semua la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:49 PM | Show all posts
dalam artikel tu dah terang2 cakap harta dah dibagikan ikut faraid, so bahagian atok semua dah diberikan lah... ada lagi yang tak puas hati lah tu... WAllhua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wali hakim je lah. Senang abis cerita, buat apa dipanjangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.505674 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list